Pengikut

Rabu, 9 Mac 2011

‘Doktor Dalam Rumah’ Untuk Alih Tumpuan Anwar Pada PRU-13

Melalui buku terbaru “Doktor Dalam Rumah”, Tun Dr Mahathir Mohamad seakan berjaya mengalihkan fokus Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari terus mempersoal polisi pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Buku yang turut memuatkan tuduhan-tuduhan liar kononnya Anwar ketika 1998 lalu pernah mengaku melakukan homoseksual dalam suatu mesyuarat majlis tertinggi Umno sehingga memaksa Dr Mahathir selaku perdana menteri memecat Anwar dari jawatan timbalan perdana menteri.

Anwar yang kini merupakan Ketua Pembangkang bagaimanapun berkata, tuduhan-tuduhan dalam buku tersebut menyerlahkan kepada khalayak bahawa Dr Mahathir tidak pernah putus asas mengfitnah dirinya sejak lebih sedekad yang lalu.

Ini kerana katanya Dr Mahathir tidak pernah sekali pun menghadirkan diri di mahkamah bagi memberi kererangan dalam perbicaraan kes Anwar tahun 1998 walaupun atas didesak beberapa kali oleh pihak pembelaan.

Bahkan Anwar dalam reaksi spontan hari ini tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan terdesak Dr Mahathir membunuh karektornya semata-mata bagi menyelamatkan kepentingan anak mantan perdana menteri itu, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
“Sebenarnya apa yang saya lihat adalah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahanya seperti yang didedahkan dalam buku (penulis) Barry Wain (berjudul) Malaysia Maverick.

“(Dalam buku Barry Wain mendedahkan) beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat.

“Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya (bernama) Kamal.

“Dia (Dr Mahathir) mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara ini. Ini yang menjadi pertimbangan dia,” ujarnya kepada TVS.
Anaknya Mukhriz walaupun tewas pada saingan menjadi Ketua Pemuda Umno tetap dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain dimahsyurkan juga sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Pemerhati politik percaya bahawa tindak-tanduk Dr Mahathir tersebut adalah suatu negosiasi peringkat tertinggi dengan Najib bagi kepentingan anaknya itu.

Lanjutan itu Anwar mengaku bahawa beliau tidak terkejut sekiranya perang persepsi terbaru ini menyaksikan firnah Dr Mahathir turut disokong oleh gerombolan pemimpin Umno yang lain.
“Nyata satu lagi pembohongan jahat ialaj Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

“Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (tuduhan Dr Mahathir tersebut).

“Tetapi kta ada rakaman mesyuarat itu. Seperti yang saya ingatkan, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umni itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan (Dr Mahathir),” tegas Anwar.
Dengan partisipasi Dr Mahathir membunuh karektor Anwar, dipercayai umum sedikit banyaknya membantu Najib memperkukuh tapak sokongannya di kalangan rakyat yang sebelum ini dijangka menolak Umno BN di pilihan raya umum kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan