Ayuh Hishamuddin kerahkanlah semua SB dan perisik kamu untuk menahan segera "Datuk T'. Jika Polis tak kenal siapa "Datuk T" ni segeralah bertanya kepada semua wartawan kanan media yang telah bersama "Datuk T' menonton video lucah di Carcosa Hotel semalam untuk mengenal pasti muka "Datuk T".
Jika dalam masa 24 jam "Datuk T' tidak dijumpai untuk disoal-siat maka rakyat pasti akan mengesyaki sesuatu kepada pihak Polis, jadi jangan salahkan rakyat, bertindaklah segra untuk menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia bukannya semata-mata menjaga kepentingan Umno.
Laporan terkini Utusan menyatakan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu laporan polis berhubung pendedahan rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa mengaitkan dirinya di sebuah hotel, semalam.Jika dalam masa 24 jam "Datuk T' tidak dijumpai untuk disoal-siat maka rakyat pasti akan mengesyaki sesuatu kepada pihak Polis, jadi jangan salahkan rakyat, bertindaklah segra untuk menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia bukannya semata-mata menjaga kepentingan Umno.
Anwar yang ditemani Peguam, N. Surendran, Latheefa Koya serta kira-kira 30 penyokongnya membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pukul 11 pagi.
Selain "Datuk T", Polis wajib menahan dan menyoalsiasat pemilik hotel yang menjadikan premis perniagaan sebagai pusat tayangan seks secara percuma, begitu juga dengan penonton-penonton video lucah termasuk wartawan kanan media, pengawal peribadi "Datuk T" dan semua mereka yang terlibat untuk disoalsiat segera.
YB DATUK MAHFUZ OMAR MINTA POLIS SEGERA JALANKAN TUGAS
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar kanan) berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut.
Menurut beliau, dalam video tersebut Datuk Seri Anwar difitnah sebagai pelakunya bersama seorang wanita Cina dan ia merupakan satu rekaan yang nyata berniat jahat.
Katanya, bagaimana perkara itu tidak boleh diterima sebagai fitnah sedangkan ia dibuat untuk ditonton oleh golongan tertentu sahaja dan tidak pula dinyatakan pihak yang menyediakannya.
"Dengan itu, jelaslah itu semua fitnah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya yakin jika tidak Umno yang terlibat adalah pihak yang menerima upah dari Umno yang melakukannya," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Tindakan tetsebut, menurut beliau, jelas merupakan permainan kotor Umno untuk memburukkan Anwar bagi mempengaruhi orang ramai agar tidak mempercayai beliau dan Pakatan Rakyat.
Mengulas tayangan video lucah itu dengan lebih jauh, beliau berkata, penipuan Umno dalam hal itu lebih ketara apabila ia turut dimaklumkan oleh para wartawan yang melibatnya sebagai 'superimpose'.
Katanya, menurut para wartawan, perkara itu amat jelas apabila lelaki terbabit itu bukan Anwar, tetapi lelaki lain apabila lelaki itu berperut buncit dan jelas tidak seperti badan Anwar tetapi di bahagian mukanya digunakan muka Anwar.
"Perbuatan tersebut jelas satu fitnah yang amat jahat dan perlu disiasat dengan mendalam bagi membawa mereka yang terbabit itu ke muka pengadilan," katanya.
'DATUK T" SUSPEK UTAMA
Untuk menilai kecekapan Polis Malaysia marilah kita tunggu berita penahanan "Datuk T", jika ianya berlaku lebih dari 24 jam dari masa dan tarikh Anwar membuat laporan jam 11.00 pagi tadi maka pasti ada sesuatu yang pasti disembunyikan oleh Polis dibawah ketiak Hishamuddin.
"Datuk T" memang tetap bersalah kerana menjadi penganjur pertunjukan haram video seks lucah. Pemilik hotel pula menjadi kambing hitam atau subahat bersama "Datuk T" juga perlukan penjelasan Polis.
Ayuh Polis Malaysia buktikan bahawa kamu benar-benar Polis yang berkhidmat untuk rakyat Malaysia.
"Datuk T" memang tetap bersalah kerana menjadi penganjur pertunjukan haram video seks lucah. Pemilik hotel pula menjadi kambing hitam atau subahat bersama "Datuk T" juga perlukan penjelasan Polis.
Ayuh Polis Malaysia buktikan bahawa kamu benar-benar Polis yang berkhidmat untuk rakyat Malaysia.
Dari Selatan Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan