Pengikut

Jumaat, 18 Mac 2011

Bergantung kepada dubur untuk 'mileage' politik

Saya terpanggil untuk memberi komen pendek tentang isu DNA Anwar yang hangat diperkatakan terutamanya oleh penggiat politik dan pertubuhan yang berkait dengan politik. Anwar telah dihadapkan ke mahkamah dan apa juga yang diperkatakan oleh sesiapa di luar mahkamah adalah salah daripada segi undang-undangnya.

Biarkanlah mahkamah menyelesaikan isu itu dan lebih baik di sisi undang-undang dan di sisi etikanya agar pihak yang lain tidak masuk campur dalam menentukan Anwar menyerahkan DNA beliau atau tidak. Undang-undang ada untuk menyelesaikannya.

Berdemonstrasi di jalanan untuk memaksa Anwar menyerahkan DNAnya itu secara automatik akan dianggap sebagai tindakan politik. Takkanlah kita guna isu dubur untuk mendapatkan atau untuk mengekalkan kuasa? Elok kita tunggu dan biarkan pihak mahkamah untuk melakukan apa yang sepatutnya.

Kumpulan-kumpulan yang berkepentingan politik eloklah menggunakan isu lain untuk meraih sokongan dan janganlah kita menggunakan isu jelek ini untuk mendapatkan sokongan dan simpati orang ramai. Apa pun alasan yang diberikan oleh kumpulan yang mendesak ini ia tetap merupakan permainan politik yang tidak beretika.

Masakan kumpulan yang menjerit-jerit meminta Anwar menyerahkan DNA itu mengambil tindakan yang betul dengan menggunakan kesempatan ini untuk melakukan tindakan yang desperado ini.

Kumpulan-kumpulan ini seolah-olah tidak berkeyakinan kepada mahkamah atau mahukan mahkamah untuk memutuskan keadilan mengikut kehendak demonstrasi jalanan. Terlalu ramai penggiat politik sekarang ini mengingatkan dubur daripada mengingatkan perkara-perkara lain yang lebih berfaedah.

Carilah isu lain untuk dijadikan bahan politik. Janganlah tunjukkan sangat desperado kita di khalayak ramai.



Dari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan