Pengikut

Rabu, 16 Februari 2011

Tony sedia dipanggil SPRM

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (gambar): masih menunggu laporan kos pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LSC) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pua yang sebelum ini mendakwa kos dibayar TLDM adalah 870 peratus lebih tinggi berbanding kos dibayar negara lain untuk membina kapal yang sama berkata, beliau tiada agenda tersembunyi dalam membuat tuduhan itu tanpa maklumat yang jelas.

”Sebaik menerima laporan penuh berkaitan perkara itu, saya akan serahkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya.

"Saya sedia dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun Pua berkata, jangan beliau sahaja yang dipanggil pihak berkenaan kerana isu itu melibatkan banyak pihak termasuk Kementerian Pertahanan dan syarikat yang membina kapal itu.

“Perbezaan harga itu menunjukkan jurang yang besar. Jika benar tiada penye�lewengan, pihak berkenaan harus memberikan penjelasan,” katanya.

Kelmarin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau dan pegawainya sedia disiasat jika benar berlaku penyelewengan seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen itu.

Ahmad Zahid berkata, berbeza pendapat dalam isu-isu politik adalah perkara biasa namun dalam soal keselamatan dan pertahanan negara, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang tuduhan yang dilempar tanpa asas dan bukti.

Menurutnya, pembangkang secara membuta tuli menjatuhkan hukuman walaupun penjelasan terperinci mengenai perkara itu belum diberi.

Puan dalam sebuah portal berita tempatan sebelum ini mendakwa kos RM6 bilion bagi membina LSC TLDM lebih mahal daripada apa yang dibayar negara lain untuk kapal yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan