Pengikut

Rabu, 16 Februari 2011

Kerajaan Pusat Di Ingatkan Jangan Lepas Tangan Hantar Pelajar Pulang Ke Mesir

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa kerajaan tidak mengambil sikap lepas tangan dalam tanggungjawab membawa pulang semula pelajar ke Mesir untuk meneruskan pengajian yang tertangguh.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk menguruskan penghantaran pulang semula pelajar terbabit kerana melibatkan kos besar.

Menurutnya, ramai dalam kalangan ibu bapa pelajar melibatkan golongan kurang berkemampuan dan ini akan memberi kesukaran kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka.

“Jika kos yang dibimbangkan kerajaan, seharusnya syarikat bukan kerajaan (GLC) wajar di pertimbangkan dan menaja pelajar pulang ke Mesir sebagai antara program khidmat sosialnya.

“Penglibatan GLC secara tidak langsung dapat mengurangkan kos kerajaan, selain membantu semua pelajar terlibat,” katanya kepada, semalam.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mencadangkan supaya inisiatif lain yang proaktif dan menjimatkan wang diambil kerajaan.

Beliau juga Ahli Parlimen Kuantan menyarankan supaya kerajaan menyewa kapal terbang daripada syarikat penerbangan yang terdapat di negara ini dan menyediakan penerbangan pulang pelajar ke Mesir.

"Langkah itu dapat mengurangkan kos dan semua pelajar dapat dibawa pulang ke sana.

“Apa yang pasti, Kerajaan Pusat sewajarnya menanggung kos penghantaran pulang mereka ke Mesir,” katanya.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, faktor kewangan bukan alasan kerajaan ‘lepas tangan’ sebaliknya perlu mempertimbangkan nasib pelajar yang tidak berkemampuan bagi membiayai tiket penerbangan ke Mesir.



Dari Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan