PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut oleh Setiausaha Negara untuk Hal Ehwal Luar dan Komanwel, John MacDonald CBE (tengah) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Farnborough London untuk lawatan rasmi ke United Kingdom bermula hari ini sehingga 15 Julai atas jemputan Perdana Menteri, David Cameron. - Foto BERNAMA
PM mula lawatan ke UK
LONDON, 13 Julai — Datuk Seri Najib Razak tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi empat hari bagi meningkatkan hubungan antara Malaysia dengan United Kingdom.
Dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri terbang ke London selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan.
Najib (gambar) tiba di lapangan terbang Farnborough pada 3.45 petang waktu tempatan (10.45 malam Malaysia) dan disambut oleh beberapa orang menteri kabinet, Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong dan para pegawai kanan kerajaan.
Menurut laporan Bernama Online,
Perdana Menteri dijadual bertemu pemimpin kerajaan UK dan tokoh-tokoh industri semasa lawatan itu yang dibuat atas jemputan Perdana Menteri Britain David Cameron.
Najib juga dijadual menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham. -The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan