Jurugambar MPSP, Ahmad bin Ismail telah cedera semasa menjalankan tugas pada 9 Feb 2011 di Taman Pelangi. Mengikut Ahmad, satu tumbukan telah menyebabkan dia jatuh rebah. Akibatnya, dia telah dikejarkan ke hospital.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi sedikit wang ihsan kepada si mangsa di Komtar hari ini.
Pada masa yang sama, Yang DiPertua MPSP Tuan Haji Mokthar bin Jait telah menyuarakan rasa kesal terhadap laporan media yang putar belitkan hal sebenar. YDP Tuan Haji mengingatkan semua orang bahawa MPSP adalah untuk kebaikan orang awam dan juga rakyat. MPSP telah menjalankan tugas mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Beliau mengingatkan orang awam mereka tidak wajar menghalang tindakan pegawai awam menjalankan tugas mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan