Pengikut

Sabtu, 12 Februari 2011

Satu Lagi Pilihanraya!!!

ADUN Kerdau Meninggal Dunia


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 65 tahun dari Umno meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Menurut laporan TV3, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Said, memberitahu bahawa Allahyarham terjatuh di bilik air rumahnya di Pekan Kerdau, Pahang sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh.

Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara Mei lalu kerana masalah komplikasi buah pinggang dan jantung.

Beliau menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan