Pengikut

Khamis, 24 Februari 2011

Barisan Nasional Bukan Penyelesai Masalah Tetapi Penyebab Masalah

Rakyat seharusnya sedar dan yakin dengan keupayaan diri sendiri bahawa merekalah yang berhak membuat keputusan dalam mendepani masalah bukannya meletakkan semua harapan kepada Barisan Nasional, jelas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim berkata demikian mengulas pendirian Pakatan Rakyat berhubung kesedaran rakyat untuk membuat keputusan yang bijak dalam pilihan raya kecil.


"BN bukanlah penyelesaian masalah, sebaliknya BN adalah masalah, oleh sebab itu Pakatan Rakyat harus tunjukan tentang perkara ini supaya rakyat jelas bahawa penyelesaian bukanlah menerusi BN tetapi menerusi diri sendiri," tegas Guan Eng.

Lim berkata demikian dalam satu sidang media selepas Mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Pakatan Rakyat yang berlangsung petang tadi di Ibu Pejabat PKR.
Turut hadir, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan