Pengikut
Selasa, 22 Februari 2011
Tak Sampai 200 Orang Yang Mendengar Ceramah Anwar Di Kerdau?
KERDAU- DS Anwar Ibrahim semasa berucap di Kerdau di hadapan lebih 15000 orang yang hadir telah memberi amaran kepada PM Najib Razak berhubung dengan kejatuhan kerajaan di Mesir dan Tunisia.
Beliau mengingatkan kepada pimpinan Umno bahawa jangan ingat rakyat tidak sedar dan mengambil iktibar sebagaimana kejadian yang berlaku di Negara arab yang sedang menuju kepada perubahan.
Turut hadir dalam ceramah berkenaan ialah Dato Chua Jui Meng,Dato Fauzi Abdul Rahman ,YB Tian Chua,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,YB Syed ADUN Semantan,YB Leong Ngah-Ngah ADUN Triang, dan Timbalan PKR Negeri Sdr Mohd Nizam Hamid, serta Tn Hj Suhaimi Said,serta pimpinan PAS negeri dan kawasan..
“Umno harus melihat bahawa ada dikalangan pimpinan Umno yang hanya tahu mengganguk tetapi tidak mahu membela rakyat. Malahan kejadian rasuah, system kehakiman yang semakin teruk,harga barang yang semakin meningkat serta tiadanya peningkatan kenaikan gaji.Sedangkan pemimpin di berikan kontrak berbillion ringit.
Menurut Anwar , bulan lalu Mubarak di sanjung . Pemerintah hanya ingin supaya kuasa terus berada di tangan mereka. Maka langkah demi langkah di buat bagi mengatasi masalah yang berlaku.
Bermula dengan pemecatan menteri, perlantikan naib presiden dan sebagainya diambil regime Mubarak ,bagi membolehkan mereka terus berkuasa dan merompak harta kekayaan Negara.Rakyat sedar semua kejadian yang berlaku dan maka kerana itulah tercetusnya tentangan di jalanraya.
Beliau juga mengingatkan pimpinan Umno bahawa rakyat telah celik dengan perkara yang berlaku di dalam Negara ini.Ianya bukan sahaja berkaitan dengan kenaikan paras harga barangan keperluan, namun ianya juga adalah berkaitan dengan banyaknya berlaku rasuah namun tiada sebarang tindakan jelas yang di ambil.
Baik isu komisyen kapal selam yang sedang di siasat di Negara Perancis dan sehinga kepada komisyen dan kematian model mongolia,namun tidak ada pun tindakan yang diambil pemerintah.Begitu juga dengan lain-lain rasuah yang terbukti di simpan dan tidak ada tindakan jelas yang diambil pmerintah.
Selain itu juga menurut Dato Sri Anwar lagi, jika pemerintah cuba memanipulasikan suruhanjaya pilihanraya dimana berlakunya kejadian penipuan dalam pilihanraya, maka pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan teragak-agak akan mengerakkan jentera rakyat secara besar-besaran.
“Saya ingin mengingatkan dan meberikan amaran keras kepada Dato Seri Najib supaya mengadakan pilihanraya yang adil dan telus ,jika kamu menggunakan suruhanjaya pilihanraya kita akan gerakkan rakyat untuk membantah habis-habisan” demikian ucapan Anwar di sambut dengan laungan takbir dan tepukan gemuruh ribuan rakyat yang hadir di markas PAS Kerdau semalam.
Oleh WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan