Pengikut

Jumaat, 21 Januari 2011

Isu negara Islam muncul pula di Tenang

Sikap melampau dan isu negara Islam adalah antara modal yang digunakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ketika memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil Tenang kali ini.

Abdul Ghani menggunakan modal yang sama seperti MCA dengan mendakwa kemenangan PAS adalah malapetaka dan justeru, bukan Melayu perlu mengundi BN untuk kesederhanaan.

tenang by election 210111 abdul ghani othman“Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa,” katanya sambil memberi amaran PAS akan menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Isu negara Islam telah lama menjadi modal politik MCA dan usaha memecahkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang. Lazimnya, Umno jarang sekali menggunakan modal itu, sehingga kebelakangan ini.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 200 hadirin masyarakat India sempena sambutan perayaan Thaipusam, malam semalam, Abdul Ghani berkata masyarakat di negeri Johor kaya dengan tradisi menghormati kaum walaupun berbeza agama dan dan pengamalannya.

Tegasnya, beliau berasa sedih dan negara akan rugi sekiranya perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Sehubungan itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang ini, beliau mengajak masyarakat India menjaga kekuatan dan perpaduan yang terbina selama ini sejak kemerdekaan yang diasaskan oleh pemimpin BN sebelum ini.

Geran tanah untuk kuil

"Dia (Pakatan) buat orang India tidak berpuas hati atau mungkin berkecil hati sehingga membawa pepecahan (terlebih) dahulu. Ini taktik yang digunakan tahun 2008.

'Kalau begini caranya, maka (ia adalah) cara yang merosakkan negara kita," katanya.

Menurut Abdul Ghani, beliau berharap dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini, masyarakat Melayu, Cina dan India, menunjukkan semangat perpaduan dan terus memberi sumbangan kepada kerajaan.

islamic state"Ini asas penting untuk menjadi bangsa yang bersatu, (menuju) negara yang maju dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia," katanya yang juga pengerusi BN Johor.

Turut hadir dalam majlis tersebut ahli parlimen Labis Chua Tee Yong, ahli parlimen Tenggara Halimah Sadique, barisan kepimpinan parti komponen BN dan pemimpin kuil Sri Subramanian, di Labis.

Dalam ucapannya, Abdul Ghani turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memberikan geran tanah, tempat kuil itu dibina - yang mula beroperasi sejak 2009.

Bahkan katanya, kerajaan negeri "tidak ada masalah" untuk mengurniakan satu pertiga lagi tanah milik kerajaan negeri kepada pentadbir kuil tersebut untuk kegunaan kuil berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan