Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengatakan program menarik subsidi rakyat mendapat pujian daripada Korea Selatan. Sila lihat dahulu sejarah Korea Selatan. Berapa ramai orang miskin di sana berbanding kita. Sila lihat perjuangan yang mereka pegang. Hanya untuk rakyat.
Benar BN hanya menarik subsidi petrol, diesel, LPG (GAS) dan gula. Tapi impaknya kepada makanan ruji yang lain. Dari sebuku roti kepada nasi lemak semuanya melibat industri petroluem. Apakah perlu kita menarik subsidi penting bagi mereka? Sedangkan rakyat bawahan sedang bergelut berjuang mati-matian untuk mendapatkan sesuap nasi.
Kenapa rakyat yang harus dibebankan. Kenapa subsidi mekap Rosmah tidak ditarik. Kenapa subsidi melancong Rosmah tidak ditarik. Kenapa subsidi ubah - suai rumah Rosmah tidak ditarik. Kenapa subsidi untuk PERMATA tidak ditarik. Kenapa gaji Najib tidak dipotong. Kenapa yang menjadi keistimewaan Rosmah dan Najib dan juga para balaci (menteri) BN tidak ditarik? Mereka hidup mewah. Rumah besar - besar, kereta mewah, melancong disana - sini. Tidak pernah merasai kesusahan orang kampung di negeri - negeri yang berada dalam Malaysia ini. Siapa mereka yang mengatakan ini semua tidak membebankan rakyat?
Jika benar Najib dan Rosmah memegang perjuangan yang betul, sudah pasti perbelanjaan negara akan dikurangkan. Tidak dibuangkan kepada projek - projek yang membazir. Bangunan 100 tingkat, PERMATA mendapat berjuta - juta dan apa saja yang membazir.
Tapi mampukah mereka berbuat sedemikian rupa? Tidak. Mereka sudah kenyang bulat dan gemuk dengan perbelanjaan boros. Kenapa saya kata begitu. Lihat sahaja video klip yang dilakonkan oleh Rosmah. Anda pasti belanjanya kurang dari seribu ringgit? Sudah pasti ratusan ribu sudah dilaburkan keatas kepala Rosmah. Ini contoh perbelanjaan yang tidak waras oleh Rosmah dan Najib. Bayangkan kalau yang lain. Semuanya digunakan melalui duit rakyat. DUIT KITA!!!
Najib tahu negara tidak punya wang. Mahu disekat keinginan isterinya Rosmah tidak mampu. Caranya, tekan rakyat. Kita perah duit rakyat. Baru ekonomi mampu berkembang. Kita yang menjadi mangsa. Kita yang harus menanggung beban yang dibuat oleh BN. Apa salah kita? Kita taat mengundi BN. Tapi apakah ini hasilnya? Kita taat mengundi BN selama 50 tahun lebih, tapi apakah ini yang dibalasnya?
Tepuk dada tanya selera, iman dan hati. Jika terus - menerus kita menyokong, percayalah kita akan terus dibebankan oleh BARISAN NASIONAL.
- Dragsuperstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan