Pengikut

Isnin, 13 Disember 2010

Najib Tekad Langgar Proses Demokrasi?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu bahawa tidak ada kerajaan lain yang boleh mentadbir negara ini dianggap seolah-olah tekad melanggar proses demokrasi, kata Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Berikutan itu juga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Najib tampil membuat pendirian berhubung kenyataannya yang seolah-olah menunjukkan Barisan Nasional tidak akan sama-sekali menyerahkan kuasa kepada gagasan politik yang dipilih rakyat selain dari BN.

"Keadaan ini mengimbau senario di negara Ivory Coast, apabila pihak yang tewas enggan mengosongkan Istana Presiden, walaupun tewas dalam pilihanraya," tegasnya.

Di sidang akhbar yang sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pendirian Najib itu adalah satu tamparan kepada rakyat Malaysia.

"Adakah PM akan menidakkan pilihan rakyat? Saya cabar PM untuk menyatakan beliau sanggup menyerahkan kuasa kepada pembangkang, sekiranya BN tewas,"

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata kenyataan Najib itu membayangkan BN bersedia untuk merampas kuasa sekiranya BN tumpas dalam PRU13 akan datang.

"Perdana Menteri nampaknya tidak yakin BN akan membentuk kerajaan selepas PRU13. Beliau tidak memberi pihak lain peluang untuk mentadbir negara," kata Mahfuz.

Sebelum ini dalam ucapan di perhimpunan agung Umno yang lalu Najib turut melaungkan mesej akan tetap mempertahankan Putrajaya biarpun terpaksa berkecai tulang.

Semalam akhbar Austarlia mendedahkan ketidakyakinan pegawai atasan Singapura terhadap Najib dalam mentadbir negara berdasarkan kepada sumber wikileads.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan