Pengikut

Isnin, 8 November 2010

Zaid tarik diri dan letak semua jawatan dalam PKR

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan serta meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Zaid yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan berkata, beliau tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

- bhonline


p/s: Sebagai calon t/presiden zaid sepatutnya menunjuk contoh disiplin yang baik kepada semua ahli dengan mematuhi arahan parti. Beliau tidak sepatutnya membuka kelemahan parti kepada media musuh yang pasti akan menhancurkan parti. Zaid harus perbaiki diri dan membuang fahaman keUmnoan dalam dirinya supaya dapat menjadi pemimpin yang dapat dicontohi ahli2 parti dan rakyat. Agak2nya lepas ni zaid nak melompat ke tidak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan