Tindakan beliau ini secara tidak langsung telah memberikan saham besar kepada musuh politik PKR-PR iaitu UMNO-BN.Media milik UMNO memberikan liputan yang sepenuhnya isu Zaid ini dengan memberi gambaran bahawa PKR berada dalam keadaan yang teruk dan busuk seterusnya bakal hancur.Zaid lantang bercakap soal demokrasi tetapi beliau mahu menang sahaja dalam pemilihan dan sama sekali tidak mahu kalah.
Apabila menyedari undian terhadap beliau mula merosot maka tuduhan demi tuduhan dikeluarkan terhadap beliau sendiri iaitu PKR. Zaid tidak sedar bahawa beliau telahpun membunuh karier politik beliau sendir dalam tindak tanduk yang tergesa-gesa serta tidak profesional. Orang seperti Zaid sekarang ini agak sukar diterima oleh parti-parti politik yang ada di Malaysia ini tidak kira dari pihak pembangkang mahupun pemerintah kerana bimbang dengan tindak-tanduk Zaid yang boleh memecah-belahkan parti politik.Jauh sekali bakal dipilih sebagai ahli parlimen dan ADUN pada PRU kerana rakyat sudah tidak yakin akan prinsip beliau.Kerana selepas PRU-12 lanskap politik negara telahpun berubah dimana rakyat cukup cukup cerewet dalam memilih wakil mereka di parlimen mahupun ADUN.
Kini Zaid sudah sebaris dengan individu seperti Zulkifli Nordin,Tan Tee Beng, Zahrin,Woo Chee Kiong dan ramai lagi.Mereka ini tidak akan dipilih oleh rakyat lagi pada PRU-13 kerana sikap mereka yang tidak berpendirian serta bertindak melulu dalam tanpa memikirkan jangka masa panjang.
Sejarah bakal melebelkan mereka pemimpin lompat sepanjang zaman. Tiada yang perlu dibanggakan sumbangan mereka terhadap negara dan rakyat.Mereka lebih kepada membuat kontroversi dari melakukan tugas sebagai pemimpin. Adakah Zaid sudah bersedia menjadi seperti mereka ini?
Oleh: anak_muar/TKO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan