Pengikut

Isnin, 15 November 2010

Tabung khas bantu Melayu PP, Dah 50 tahun baru ingat Melayu di PP...!!!

Kerajaan telah menubuhkan dua tabung khas bagi membantu golongan bumiputera di Pulau Pinang yang disifatkan sebagai terhimpit ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kedua-dua tabung berkenaan melibatkan peruntukan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) berjumlah RM150 juta untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun bermula 2011.

Jelasnya, tabung berkenaan akan memberi tumpuan kepada projek pembangunan hartanah dan perumahan serta modal insan yang menjadi antara permasalahan utama orang Melayu di negeri itu.

“Untuk tabung pembangunan sektor hartanah dan perumahan, sebanyak RM100 juta diperuntukkan dengan fokus utamanya kepada pembinaan rumah mampu milik terutama di bahagian pulau bagi memastikan orang Melayu berkemampuan memiliki rumah sendiri pada harga yang berpatutan.

“Sementara RM50 juta lagi diperuntukkan untuk sektor pembangunan modal insan yang akan menumpukan kepada peningkatan penguasaan kemahiran di kalangan orang Melayu,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan