Pengikut

Jumaat, 26 November 2010

SUA PKR Pertahan Pemecatan Jenapala Sah

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan 'pemecatan' P Jenapala kerana didakwa berdasarkan rekod di ibu pejabat parti itu.

"Saya lihat surat itu, saya beritahu kepada pihak media bahawa (P) Jenapala dipecat ," katanya dalam sidang media di Kongres Pemuda dan Wanita PKR di Petaling Jaya hari ini.

Jenapala ialah bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR yang dipecat dari parti itu.

Saifuddin berkata demikian bagi mengulas laporan polis yang dibuat oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim berhubung dakwaan pemalsuan sepucuk surat bertarikh 2 Februari 2009 yang kononnya dikeluarkanya sewaktu memegang jawatan tersebut.

Memetik laporan Malaysiakini Salehuddin membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi pada jam 3 petang tadi.

"Saya mengetahui kewujudan surat ini setelah peguam dari plaintif kes Saman Pemula No: R1-24-104-2010 menunjukkan kepada saya afidavit
dari Saifuddin Nasution Ismail, setiausaha agung PKR sekarang, yang menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut, yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu.

"Saya membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri.

"Saya yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayai saya, seolah-olah saya seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat," tambahnya.

Saifuddin dalam respon segera berkata, pihaknya mengalu-alukan siasatan oleh pihak polis dan sebagai setiausaha agung beliau memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh.

-TVs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan