Pengikut

Khamis, 11 November 2010

PKR terima penarikan diri Zaid, bila pulak nak keluar dari PKR?

Biro politik PKR telah menerima keputusan bekas pengerusi Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim untuk menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden.

Ini bermakna nama beliau akan dikeluarkan dari kertas undian yang akan digunakan dalam proses pengundian hujung minggu ini dan minggu depan.

Perkara itu disahkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan pusat PKR, Dr Molly Chear.

"Saya percaya keputusan telah dibuat (oleh biro politik). Tapi bagaimanapun, jika seseorang menarik diri, kita terpaksa menerimanya.

"Oleh itu, kami tidak akan mencetak lagi kertas undian yang mengandungi namanya," katanya.


p/s: Bila pulak nak keluar dari PKR???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan