Pengikut

Rabu, 10 November 2010

PKR Apa Dah Jadi?

Orang kata... nak tau kebaikan sese'orang', tanya kawan dia. Jika nak tau pula tentang keburukan dia.... tanya musuh dia. Namun itu semua ialah pandangan seorang kawan dan seorang musuh. Yang si kawan akan cakap yang baik-baik, manakala... yang si musuh akan mencaci, mengeji dan menghina. Aaaahh... biasalah tu.

Tapi, apakah kita boleh pegang seratus peratus dengan apa yang kita dengar? Itu semua cakap-cakap orang saja.... sedangkan kita tidak mengenali atau mempunyai apa-apa experience apa-apa dengan 'orang' yang kita nak nilai itu. Atau mungkin juga, kita tak kenal dia secara personal atau dekat??

Kata orang juga.... tak kenal maka tak cinta. Untuk mengetahui dan menyelami hati budi serta perangai sebenar seseorang itu, kita kena mendampingi dia terlebih dulu. Lagi lama kita bergaul dengan dia... lagi masak kita tentang perangai dia yang sebenarnya. Lagi jelas kepada kita tentang hati budinya. Macam suami isteri... sebelum kahwin, banyak hipokritnya.... tetapi, apabila sudah duduk serumah dan tidur sebantal, baru kita tahu siapa dia yang sebenarnya...

Jadi... adilkah kita, sekiranya kita membuat sesuatu andaian atau penilaian tentang sese'orang' hanya semata-mata berdasarkan cakap-cakap kawan dan lawannya sahaja??

Rasanya... itu semua boleh kita jadikan panduan dan ingatan sahaja. Sebelum membuat sesuatu andaian, kita juga perlu teliti dalam membuat pemerhatian dan pengamatan. Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang kita dengar. Guna akal yang Allah SWT anugerahkan kepada kita secara rasional. Ini dapat mengelakkan diri kita jadi manusia 'lalang' dan manusia yang mudah dipengaruhi dan mudah pula beralih 'qiblat'.

Kita mesti selalu beringat... yang manusia ini ada yang cerdik dan licik, ada yang jujur dan ikhlas dan ada yang lurus bendul dan senang kita nak 'baca'. Dan.... ada juga yang pakar dalam berpura-pura. Aha, pelakon professional.... Hati-hati!! Jangan kita terpedaya. Be strong.... Be wise.... Be observant... Be critical.... Be rasional...

Kini... Parti Keadilan Rakyat sedang menghadapi kemelut getir, ekoran proses pemilihan kepimpinan parti 2010 yang dibuat secara demokrasi melalui 'satu ahli satu undi'. Fuuhh... kecoh satu Malaya, Sabah dan Sarawak.

Pelbagai isu dimainkan sejak ia bermula. Isu 'Trojan Horse'nya... isu payung-memayungnya... isu kau geng siapa, aku geng siapa... isu kempennya.... isu ketelusan JPPnya... isu 'tangan ghaib'nya dan yang ternow ialah isu penipuan dalam proses pengundiannya.

Pun begitu.... ini semua adalah proses mematangkan PKR. Tetapi, dalam mengharungi proses pematangan ini.... jangan pulak PKR tersungkur!!

Namun yang pastinya, apa yang sedang berlaku dan apa yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang bertelagah, pasti ada sebab musabab serta tujuannya. Semua kata dan berasa yang tindak tanduk mereka adalah demi kebaikan dan kelansungan parti. Whatever ler....

Apa-apa pun.... sekarang UMNO/BN sedang bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan melihatkan pergolakan yang berlaku. Itu yang mereka mahu. Sebenarnya, antara rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, yang paling mereka geruni ialah PKR kerana ia parti yang bebas perkauman. Ada ciri kesepaduan kaum dalam PKR, yang sesuai dengan realiti kaum di Malaysia hari ini. PKR nampak lebih relevan dengan zaman dan keadaan.

PKR dengan gabungan DAP dan PAS, mampu merubah landskap politik negara. Inilah cabaran dan dugaan hebat yang perlu di atasi oleh UMNO/BN. Lantas.... kehadiran 'trojan horses' di dalam PKR tidak dapat disangkal. Pasti mereka telah menyusupmasukkan 'trojan horses' mereka ke dalam PKR secara licik sekali. Misi mereka.... lemah dan hancurkan PKR. Strategi mereka.... melalui serangan dari dalam dan luar.

Tapi.... siapa mereka?? Ada yang telah dikenal pasti. Ada juga yang sudah lari. Malah, ada yang sudah berambus pergi. Malangnya.... masih ada lagi. Itu sebab, PKR kena berhati-hati dan berwaspada. Cari dengan teliti..., kaji gerak geri dan tindak tanduk...., siasat dan perhati.... cari bukti dan pastikan.... dan bertindak dengan bijak. Bukan melatah, jangan menuding jari... Bertindak secara bijak dan rasional kerana keutuhan parti mesti diutamakan.

Apa-apa pun, semua pihak harus bermuhasabah diri. Kita tak mahu kecelaruan dalam PKR, menggangu-gugat kerjasama utuh dan kesepakatan Pakatan Rakyat. Siapa lagi yang rakyat nak harapkan untuk memulihkan keadaan pincang Malaysia, selain Pakatan Rakyat. Nak harapkan UMNO/BN??

Ermmm... toksah haraplah. 'Tangan-tangan' mereka bukan tangan yang membina tetapi tangan yang memusnahkan. Apa yang mereka sentuh atau pegang, pasti musnah... punah-ranah sesemuanya.

Jadi... kepada siapa lagi rakyat nak bersandarkan harapan, selain kepada Pakatan Rakyat. Itu satu-satulah harapan rakyat yang masih ada dan ber'nyawa'. Pleaaseee.... jangan musnahkan harapan tersebut.

Hello PKR..... rakyat masih berharap untuk melihat fajar baru menyingsing di bumi Malaysia.

REFORMASI!!! Apakah kamu semua sudah lupa janji reformasi kamu?? Apa kamu sudah lupa janji untuk memberi 'Harapan Baru untuk Malaysia'??

Kita manusia berpegang pada janji. Jangan sekali-kali hampakan orang dengan memungkiri janji manis kamu. Janji ialah amanah yang mesti.... sedaya upaya ditunaikan. Ingat tu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan