Pengikut

Rabu, 10 November 2010

RM65 juta ubahsuai Sri Perdana untuk Rosmah?

Peruntukan RM65 juta untuk mengubahsuai Sri Perdana di Putrajaya merupakan suatu pembaziran wang rakyat semata-mata untuk memenuhi citarasa kehidupan mewah pemimpin serta ahli keluarga mereka.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata kerajaan tidak peka dengan nasib dan penderitaan rakyat yang berpendapatan rendah tetapi terlalu gairah untuk melatih rakyat ke arah kehidupan mewah.

"Kos perbelanjaan keluar negara telah meningkat sebanyak 70 peratus dari 2008 hingga 2010.

"Rosmah, isteri Perdana Menteri pula mengisytiharkan diri beliau sebagai wanita pertama (First Lady) yang biasanya diberkan kepada isteri presiden supaya beliau mendapat hak sebagai VVIP.

‘Rosmah pula memang terkenal dengan seorang yang boros berbelanja ketika di luar negara.

"Apakah peruntukan sehingga RM65 juta itu untuk memenuhi kehendak nafsu Rosmah yang suka kehidupan mewah," jelas Tian ketika di temui di lobi Parlimen hari ini.

Bajet tumpu hidup mewah

Menurut Tian, Bajet yang diumumkan Najib baru-baru ini juga lebih memberi tumpuan kepada kehidupan mewah.

"Bajet yang dibentangkan lalu pun seolah-olah ada pengaruh daripada Rosmah atau mahu rakyat menuruti cara hidup isteri beliau seperti pewangi berjenama luar negara dan pakaian-pakaian wanita.

Katanya, peruntukan sebanyak RM65 juta merupakan angka yang keterlaluan kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di utara tanah air atau bantuan kepada pelajar-pelajar miskin di seluruh negara.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar ketika membahaskan perkara tersebut berkata, peruntukan yang begitu tinggi itu amat tidak wajar hanya untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri yang masih dalam keadaan baik.

"Setiap kali belanjawan, ada peruntukan untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri. Setiap kali tukar Perdana Menteri, berlaku pengubahsuaian. Apa yang rosak sebenarnya? Kita nak tahu apa yang memerlukan pengubahsuaian sampai memerlukan kos yang tinggi?," kata Mahfuz

Seri Perdana di Putrajaya mula dibina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya. Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005.


-freemalaysiatoday

Tiada ulasan:

Catat Ulasan