Apabila anda diajukan soalan sedemikian pasti anda akan terbayangkan pelbagai jenis binatang-binatang kecil, serangga, virus dan sebagainya. Tetapi hakikat sebenarnya manusia adalah salah satu makhluk yang boleh dikategorikan dalam makhluk paling lemah.
Cuba bandingkan manusia dengan gajah, singa, jerung, ular, lipan dan sebagainya sudah tentu manusia tak mampu menandinginya samada dari segi kekuatan fizikal atau pun kelebihan lain yang Allah kurniakan kepada binatang-binatang tersebut seperti bisa dan sebagainya. Bahkan sekecil-kecil nyamuk kalau ia menggigit manusia silap-silap gaya boleh membawa kepada maut disebabkan oleh bawaan penyakit yang disebarkannya.
Namun apabila Allah mengurniakan akal kepada manusia, habis makhluk lain berjaya ditewaskan. Itulah kelebihan manusia. Namun apabila terdapat sebilangan manusia tidak mahu menggunakan akal maka jadilah ia selemah-lemah makhluk bahkan lebih bodoh dari binatang ternak sebagaimana yang disebut oleh Allah di dalam Al Quran..
"Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)" Al-Furqan:44
Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam
D'PERBATASAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan