Pengikut

Rabu, 6 Oktober 2010

Pilihanraya Galas 4 November Ini Berapa Penjuru?

Saya difahamkan, PRK Galas akan disertai oleh sebuah pertubuhan serba rasis iaitu PERKASA.

Saya menyambut berita ini sebagai berita baik untuk kem Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Galas yang jatuh pada hari bekerja 4 November iaitu sehari sebelum Deepavali.

Apabila UMNO meletakkan calon, begitu juga dengan PERKASA, maka seharusnya undi terhadap parti kemelayuan akan terbahagi dua manakala undi untuk parti keislaman akan solid menjadi satu. Ini merupakan kelebihan yang terserlah apabila kita menjadikan Islam itu sebagai landasan perjuangan. Tiada dua Islam, hanya satu Islam melalui PAS.

Semoga hasrat untuk melihat pertandingan 3 penjuru di antara UMNO, PERKASA DAN PAS akan menjadi kenyataan, dan pasti kemenangan besar akan memihak kepada PAKATAN RAKYAT apabila undi polular BN akan terbahagi dua. Terima kasih PERKASA !




Ulasan Pendek EDYES

Tiada ulasan:

Catat Ulasan