Pengikut

Jumaat, 15 Oktober 2010

Din Binjai Nafi Rahimi Diugut Tandatangani Akuan Bersumpah

Exco Pemuda Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Amizuddin Ahmat aka Din Binjai menafikan dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Rahimi Osman bahawa beliau dipaksa dan diugut semasa membuat akuan sumpah berhubung kes fitnah 2 terhadap Anwar. Pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tengahri tadi, Amizuddin menjelaskan pada ketika itu, beliau bersama-sama dua individu lagi iaitu bekas pemandu Rahimi, Dzulimran Mohd Nasar dan Dzulkifli Ibrahim yang juga merupakan Exco Pemuda AMK menemani Rahimi ke Quality Hotel di Shah Alam pada malam 28 Jun 2008.

"Kami bersama-sama Rahimi pada setiap masa dan beliau bebas bergerak ke mana sahaja, membuat panggilan telefon dan beliau juga bebas berjumpa dengan sesiapa sahaja.

"Pada malam 29 Jun 2008 pula, Rahimi mengajak kami menonton perlawanan bola sepak 'Final Euro Cup' menaiki keretanya di Seri Pentas, Damansara.

"Selepas itu, kami juga pergi minum di satu kedai mamak sebelum pulang ke hotel, kami bersama Rahimi daripada 28 Jun sehingga 1 Julai 2008," jelas beliau dalam sidang media tersebut.

Malah katanya lagi, Rahimi juga memperkenalkan ahli keluarganya ketika berada di hotel tersebut.

Sementara itu, peguam, N Surendran berkata dakwaan Rahimi bahawa beliau telah dipaksa merupakan satu tuduhan yang sangat serius.

"Keterangan ketiga-tiga saksi ini adalah bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh Rahimi. Ini bermakna, apa yang dinyatakan oleh beliau adalah tidak benar.

"Apa yang menghairankan, mengapa Rahimi mengambil masa dua tahun untuk menukar akuan sumpah yang beliau buat dahulu," soal beliau.

Ketua Penerangan KEADILAN yang juga merupakan peguam yang mewakili Rahimi semasa itu, Latheefa Koya sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada paksaan dan ugutan ketika menyediakan akuan sumpah tersebut.

Menurut Latheefa, bagi dua akuan sumpah seorang lagi bekas pembantu Anwar, Rasid yang turut menukar akuan sumpahnya semalam telah disediakan oleh peguam beliau, Saiful Izham Ramli manakala akuan sumpah yang kedua telah disediakan oleh beliau sendiri. rasid

"Untuk akuan sumpah yang pertama ianya telah disaksikan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang merupakan Pesuruhjaya Sumpah pada ketika itu.

"Ketika disoal oleh pihak polis, saya telah menyatakan dengan jelas bahawa Choo Keong menjadi Pesuruhjaya Sumpah kepada akuan sumpah yang pertama manakala akuan sumpah yang kedua pula oleh peguam, S Selvarajah.

"Choo Keong harus memberikan penjelasan mengapa beliau secara melulu menyalahkan saya dan mengatakan sesuatu yang tidak kena dengan akuan sumpah tersebut, adakah beliau terlibat seperti yang didakwa Rahimi?," soal Latheefa.

Dalam pada itu, Surendran turut meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap Rahimi dan Rasid (Rosdi)yang secara jelas telah melanggar undang-undang di bawah seksen 199 kanun keseksaan, di mana mereka telah membuat akuan sumpah palsu.

Semalam Rasid Rosdi, seorang lagi bekas pembantu Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di balai polis Shah Alam, mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan.

Rasid berkata beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan