Pengikut

Sabtu, 30 Oktober 2010

Anwar Minta Rakyat Batu Sapi Cipta Sejarah Cetus Perubahan Di Sabah

Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa mesej jelas kepada rakyat Sabah khususnya pengundi Batu Sapi supaya segara membuat perubahan yang kritikal dalam usaha Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Bercakap kepada pengundi di Dewan Serbaguna Tadika Tai Tong malam tadi, Anwar menegaskan seperti rakyat Sibu, Sarawak yang menolak Barisan Nasional pada pilihan raya kecil padsa Mei lalu, pengundi Batu Sapi juga mampu menghantar mesej yang terang kepada BN bahawa rakyat di kawasan parlimen ini juga menolak mereka.

"Pemimpin Umno dan BN sombong dan bongkak dan mereka tidak membela rakyat yang miskin. Balak mereka ambil , hasil minyal mereka sapu, tanah rakyat mereka rampas. Apa yanb rakyat dapat, mereka terus miskin, hidup melarat dan menjadi kuli dan hamba kepada tauke-tauke kaya.

"Berapa lama dia mahu tipu rakyat? Akhirnya apa yang kita lihat di Sibu, kubu kuat mereka berjaya kita rampas dan Sibu menjadi petanda gelombong perubahan di Sabah. Rakyat Batu sapi juga mampu cipta sejarah sebagaimana rakyat Sibu.

"BN perintah Sabah hampir 50 tahun, air hujan banyak tapi bekalan air rakyat tidak ada. saya pernah pergi ke Mali, sebuah negara Afrika, juga di sana tidak ada air sebab hujan turun hanya dua kali setahun. Di sini air banyak tapi air untuk minum tidak ada," tegas Anwar yang terus menemui pengundi daripada kalangan masyarakat Cina di kawasan Karamunting.

Mesej yang sama di bawa kepada penduduk miskin di Kampung Gas Besar yang merupakan penempatan masyarakat Melayu yang hidup dalam keadaan serba dhaif.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata rakyat Batu Sapi tidak ada pilihan melainkan memenangkan wakil Pakatan Rakyat sekiranya mahu suara mereka diangkat dan diutarakan dalam Parlimen.

"Saya mahu rakyat Batu Sapi memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dengan mengundi calon kita, Haji Ansari Abdullah. Saya berjanji sebagai pengerusi Pakatan Rakyat jika tuan-tuan dan puan-puan pilih dia, kami akan pantau prestasi dia, kalau tidak buat kerja kita humban dalam laut kata Anwar secara berseloroh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan