Pengikut

Jumaat, 29 Oktober 2010

Andai Iz'rael menjemput ku pulang.

Assalamualaikum w.b.t

Kekadang aku terfikir ketika keseorangan dan kebosanan, siapakah yang akan merindui aku bila tiba saatnya aku sudah tidak wujud di dunia ini lagi.


Adakah insan di dunia ini yang mengenali ku akan sentiasa menghadiahkan aku doa kesejahteraan buat aku di sana.? Dan...wujudkah kesan pada hati mereka sepanjang aku tiada di alam ini...?

Tetapi semua persoalan itu segera aku abaikan.
Mana mungkin aku harus mengharapkan ehsan mereka sedang mereka sendiri belum tentu akan ku ingati andai mereka tiada kelak.
Sekarang ini yang harus aku tumpukan ialah menambahkan lagi amalan buat bekalan di sana, di samping membina ukhwah dengan insan-insan yang mencintaiNya agar aku tetap pada jalanNya kerana ingatan dari mereka adalah kasih sayang mereka.

Kawan bagiku..mana-mana boleh ku cari tetapi "sahabat" merupakan harta yang takkan mampu dibeli walau harta menimbun.

Tetapi dalam pencarian insan yang bernama sahabat itu seringkali membuat aku sendirian kerana ini antara pencarian yang memang sukar untuk di temui.
Namun aku takkan berputus asa kerana aku masih yakin dengan rahmatNya. JanjiNya pada hambaNya yang sabar membuatkan aku teruskan jua pencarian ini..."setiap kesusahan seiring dengannya kemudahan..."

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan aku sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatulla

D'PERBATASAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan