Pengikut

Khamis, 19 Ogos 2010

Wayang Murahan BN

Pada tahun 1969, kerana kuasa BN telah mula terhakis. Isu perkauman dimainkan. Ketika itu tiada internet. Ketika itu maklumat sampai begitu perlahan dan lambat. Maka ribuan anak muda Melayu terpengaruh dengan agenda Ketuanan Melayu. Ribuan telah tercedera dan ratusan terkorban. Hasilnya BN kembali memerintah untuk beberapa dekad lagi. Modalnya, hasut orang Melayu agar bangkit membunuh semua bangsa Cina dan lain - lain. Biar nyawa rakyat tergadai asalkan kuasa Umno terbela.

Hari ini, pelakon "filem" terhebat Chua Soi Lek sekali lagi berjaya membawa wataknya dengan begitu berkesan. Watak sebagai penjahat untuk orang Melayu. Watak sebagai penghasut agar keharmonian kaum ini tergugat. Lakonannya mantap. Ramai orang Melayu terpengaruh dengan lakonannya khas Perkasa dan Muhyidin Yassin. Slogan - slogan mengeji, laungan amarah, dan jeritan membela Melayu dipekikkan. Laporan polis segera dibuat. Tujuannya agar memulakan cetusan api kecil agar pergaduhan yang mereka nantikan itu benar - benar terjadi.

Lihatlah betapa jijiknya permainan BN. Perhatikan betapa biadapnya mereka terhadap nyawa rakyat Malaysia. Nyawa kita tidak bernilai yang bernilai bagi mereka adalah kuasa yang merampas wang rakyat. Rakyat Malaysia amnya lihat saja wayang murahan yang dimainkan oleh BN. Orang Melayu bukalah mata seluas - luasnya, selama ini ketika rumah saudara - mara dirobohkan di Kampung Berembang ada Perkasa dan Umno membela mereka ini? Tidak. Sekarang mereka cuba menjadi hero kerana mereka tahu kuasa mereka semakin tipis dan bakal hilang selama - lamanya. Hero dengan menjadi hero jadian ketika kuasa sudah tiada. Hero seperti inikah yang kita mahukan. Ketika mereka senang merompak wang rakyat, wajah kita, rumah kita, langsung tidak dihiraukan. Sekarang, sibuk mahu menjadi panglima besar Melayu zaman Kesultanan dahulu kala.

Buat Chua Soi Lek, Muhyiddin Yassin, Perkasa dan siapa sahaja yang melompat tak kena gaya. Jangan terkejut gaya anda semua menyebabkan rakyat semakin jauh dari anda. Jangan samakan kebodohan anda dengan rakyat Malaysia. Kami perhati dan kami nilai. Tindak - tanduk yang seperti badut ini bakal dihukum. Kami rakyat Malaysia terhibur dengan wayang kos rendah anda, tapi nilai yang harus kamu semua bayar teramat tinggi. HILANG KUASA!!




Oleh DRAGSUPERSTAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan