Pengikut

Jumaat, 6 Ogos 2010

UMNO mula berceramah di luar musim pilihanraya

UMNO sejak bertahun tahun memandang sinis dengan ceramah pembangkang khususnya PAS sehingga ada seorang professor pernah berkata kehadiran orang ramai ke ceramah pembangkang hanyalah untuk meramaikan kerana memang sikap orang orang kampung suka meramaikan majlis majlis yang dianjurkan.

Ceramah pembangkang dikatakan tidak mempunyai apa apa makna kerana kerajaan UMNO cukup menjaga rakyat.Sambil itu, UMNO menggunakan sepenuhnya media perdana samada milik kerajaan atau milik kroni mereka untuk menyampaikan maklumat pembangunan(dakyah mereka).

UMNO bersenang lenang ketika pemimpin pembangkang terpaksa berjaga malam untuk berceramah.Tetapi tren itu sudah berubah.UMNO mendapati sebaran melalui media perdana tidak lagi berkesan untuk mempengaruhi rakyat, kerana itu UMNO mula mengikut rentak pembangkang dengan turut sama membudayakan ceramah di luar musim pilihanraya.Jika diteliti ceramah pertama UMNO di luar musim berlaku di Terengganu oleh penceramah yang bernama Ustaz Kamal(maaf lupa pulak nama ayahnya) yang menurut Ustaz Hamid Derani hanya seorang cikgu sekolah yang berasal dari Kedah.Kemudian ceramah ceramah anjuran UMNO mula berkembang ke negeri lain termasuk Selangor, Perak dan Johor.Kenapa ceramah UMNO diadakan sedangkan mereka mempunyai ruang yang cukup luas untuk menyebarkan dakyah mereka di media perdana?Persoalan yang cukup menarik untuk diperkatakan.

Pembangkang yang sekarang bergerak dalam satu organisasi bernama Pakatan Rakyat (PR) semakin mendapat sambutan setiap kali mengadakan ceramah, terbaru di Johor yang selama ini amat sukar ditembusi PR.Usaha UMNO untuk menggangu dan menggagalkan ceramah tidak pernah lekang. Mereka menggunakan polis bermula dengan pengeluaran permit dan diikuti gangguan road block dan FRU.Tetapi segala usaha UMNO tidak berjaya melemahkan PR serta sambutan rakyat bertambah saban hari.

Apabila ceramah PR semakin disambut rakyat bukan sekadar untuk meramaikan majlis, UMNO mula mengelabah.Apatah lagi media perdana sudah tidak berkesan lagi.Akhirnya mereka memutuskan untuk menyertai PR menganjurkan ceramah di luar musim pilihanraya.Sudah tentu perkara ini merupakan satu fenomena dan satu petanda bahawa rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada intergriti media perdana.Kerana itu apabila UMNO menganjurkan ceramah, hanya 10 hingga 20 orang sahaja yang hadir mendengarnya.

Kini UMNO menyediakan ruang ceramah dengan lebih luas seperti mana PR berceramah.Ada kanopi dan pembesar suara serta beratus kerusi diatur tetapi akhirnya, senario yang dapat dilihat ialah kerusi lebih banyak dari orang yang hadir.Perkembangan ini menunjukkan perbezaan besar antara PR yang ketinggalan dari segi teknologi dan UMNO yang mempunyai segala kemudahan yang tidak mampu dimiliki PR.Perbezaan ini boleh dilihat dari sambutan yang diberikan kepada ceramah ceramah PR dan ceramah ceramah UMNO.

Secara ringkasnya, perbezaan ini disebabkan oleh isi ceramah yang jauh berbeza antara PR dan UMNO.PR berceramah untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat kerana mereka dinafikan hak menggunakan kemudahan media perdana tetapi UMNO berceramah hanya untuk memburuk burukkan pemimpin PR tanpa adanya isi isi yang boleh menguntungkan rakyat.UMNO berceramah untuk meneruskan agenda dakwaan kepada DSAI sebagai peliwat, homosek dan agen yahudi tanpa adanya sebarang bukti yang meyakinkan.Kesemua yang diperkatakan dalam ceramah UMNO hanyalah ucapan kosong sambil sesekali menuduh DSAI sebagai pengkianat, petualang dan sebagainya.Ceramah UMNO juga kekadang dibuat dengan tajuk yang jelas merupakan pembohongan di mana isi ceramahnya langsung tidak ada kaitan dengan tajuknya.

Sebaliknya ceramah PR penuh dengan fakta, angka dan dalil dalil yang diperlukan untuk menunjukkan penyelewengan UMNO selama lebih 50 tahun ini.Ceramah PR juga membentangkan alternatif kepada segala permasalahan rakyat atau dengan kata kata lain PR membentangkan cadangan untuk dinilai sendiri oelh rakyat.Hakikat bahawa sekiranya PR diberi ruang di media perdana maka ceramah tidak diperlukan lagi.Di Selangor, kerajaan negeri PR sudah menggunakan wayang pacak untuk menyampaikan maklumat penting negeri kepada rakyat.Kemampuan kerajaan mengadakan wayang pacak ini kerana adanya mandat kerajaan di Selangor dan usaha ini dibuat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Selangor khususnya berkaitan serangan pembohongan UMNO di media media perdana.

Wayang pacak mungkin merupakan satu budaya lama yang diperbaharui oleh PR semata mata kerana pintu media perdana ditutup kepada PR oleh UMNO.Jadi ceramah bukanlah satu budaya yang mesti tetapi diperlukan oleh PR dalam situasi politik semasa negara.Ianya akan berubah apabila situasi politik berubah.

Namun UMNO yang mula terikut ikut rentak PR sebenarnya hilang punca kerana mereka yang memulakan pembohongan dan memulakan budaya lanun darat merompak harta rakyat.Oleh itu apabila UMNO mula berceramah di luar musim pilihanraya, ceramahnya menjadi kosong dan sia sia tanpa mahu mengakui isu sebenarnya.Akhirnya ceramah UMNO juga jadi kosong dari sudut sambutannya dan tinggallah kerusi kerusi sahaja yang mendengar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan