.jpg)
Malah Felda juga didakwa tidak lagi mampu membuat pembayaran kepada kontrak yang dilantik untuk mengurus tanah perladangannya sekali gus terjerumus dalam bebanan hutang kepada mereka.
Dr Tan berkata sekiranya benar Felda tidak mengalami masalah hutang yang banyak dan kesempitan kewangan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman yang dibuat daripada kerajaan.
Menurut beliau, banyak aduan diterima mengenai kegagalan Felda untuk membuat bayaran kepada kontraktor yang menjalankan projek di tanah rancangan.
"Ada kes di mana sebuah syarikat kontraktor telah lama berurusan dan menjalankan projek bagi pihak Felda di seluruh Semenanjung. Yang peliknya, angka hutang Felda kepada syarikat tersebut telah mencecah RM3 juta, dan sudah 8 bulan syarikat itu tidak menerima bayaran. Kalau Felda ada banyak wang, apa sebabnya tidak bayar kepada kontaktor itu?

Beliau menegaskan dakwaan ini bukan hanya cakap kosong dan bersandarkan kepada langkah Perdana Menteri melancarkan program yang dinamakan 'Felda Global Venture' untuk memacu agensi itu menjadi pemain dalam industri perladangan dunia.
"Peruntukan sebanyak RM3 bilion telah digunakan, termasuk wang yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan jaminan kerajaan. Sekiranya kewangan Felda kukuh dan ada banyak simpanan, mengapa mereka menggunaan wang KWSP ini?" soal beliau lagi.
Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuat pengakuan di dalam Dewan Rakyat bahawa rizab tunai Felda menjunam daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009.
Oleh Sidiqin Omar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan