Pengikut

Sabtu, 21 Ogos 2010

Kenapa Jalur Gemilang Tidak Berkibar di Kenderaan Anda ?

Buletin Utama hari ini memaparkan sebuah berita yang memujuk rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang. Berita tersebut menggambarkan walaupun hanya tinggal 10 hari menjelang kemerdekaan, tiada kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang melainkan teksi, dan tidak banyak bendera Malaysia yang kelihatan di bangunan-bangunan seluruh negara melainkan bangunan agensi kerajaan dan syarikat GLC.

Apakah faktor yang menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kalangan rakyat semakin pudar ?

Semangat nasional dan cintakan negara itu seharusnya menebal pada setiap rakyat Malaysia. Namun apa yang berlaku ialah, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional tidak lagi mempunyai 'aura' untuk membentuk jatidiri yang cintakan negara. Apalah gunanya jika kita cintakan negara melalui kerajaan yang ada, tetapi kasih sayang rakyat itu dibalas dengan pemerintahan yang penuh cacat-cela.

Kerajaan hari ini tidak lagi dilihat popular untuk diraikan. Itulah jawapan secara keseluruhan. Faktor seterusnya ialah, kerajaan tidak mengotakan janji berbentuk slogan mendahulukan rakyat apabila banyak isu-isu yang mengguris hati dan perasaan rakyat. Ianya termasuklah isu judi bola, saman ekor, cubaan untuk mencetus ketegangan kaum, kenaikkan harga petrol dan gula, dan berbagai lagi isu yang tidak sempat disebut di sini.

Rakyat sudah jelak dengan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan pemimpin yang ada sekarang. Maka sebagai tanda protes, semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sudah luntur melainkan negara benar-benar 'perform' di atas landasan yang betul demi memastikan keperluan rakyat kebanyakkan itu diberi perhatian.

Jangankan bendera itu dijual murah, malah jika diberi percuma sekalipun, ia sekadar muat-muat untuk diletakkan dalam 'dashboard'.

Saya percaya, semangat cintakan negara itu tetap tinggi di setiap kalangan rakyat Malaysia, namun mereka tidak menunjukkanya secara terus dan terang. fikir-fikirkanlah sebabnya kerana anda juga berkelakuan sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan