Dia kata kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dok perabih duit Rakyat..!
Silap tu, yang dok perabih duit Rakyat kerajaan BN... dan di Pulau Pinang Rakyat Rugi RM30 Juta, Koh Tsu Koon Perlu jawab... Skandal Pulau Jerejak.
Henti guna duit rakyat
BAYAN BARU - Kerajaan Negeri diminta menghentikan penggunaan wang rakyat untuk mencetak dan mengedar risalah yang mendakwa bekas Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon menjadi penyebab rakyat Pulau Pinang rugi RM30 juta akibat projek pelancongan di Pulau Jerejak.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata, risalah itu yang bertajuk “Rakyat Rugi RM30 Juta, Koh Tsu Koon Perlu jawab Skandal Pulau Jerejak” didapati diedarkan di seluruh negeri ini sejak dua bulan lalu.
Menurutnya, pengedaran itu dibuat dengan memasukkan risalah berkenaan bersama surat khabar, peti surat atau secara terus dari rumah ke rumah oleh pihak tertentu.
“Hanya untuk kepentingan politik, mereka sanggup guna wang rakyat mencetak kira-kira 10,000 risalah. Ia bukan sahaja salah dari segi moral malah perundangan.
“Pengedaran risalah itu tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat Pulau Pinang malah merugikan wang rakyat. Bukan itu sahaja, fakta yang disampaikan juga tidak tepat dan kami berharap dengan pendedahan ini, rakyat dapat membuat keputusan yang bijak,’’ katanya pada sidang media di pejabat Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di Bayan Baru di sini semalam.
Sementara itu, Dr Teng berkata, pembangunan projek Pulau Jerejak yang tertangguh itu perlu diteruskan supaya keadaan sebenar ‘kerugian’ yang didakwa itu dapat dinilai.
“Sebagai seorang akauntan, dia (Guan Eng) sepatutnya tahu bahawa projek itu tidak boleh lagi dinilai kerana ia belum siap sepenuhnya.
“Projek masih berjalan dan dia tidak sepatutnya menipu rakyat dengan mengatakan projek berkenaan mengalami kerugian,” katanya. - SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan