
Anwar berkata, bantuan kerajaan Pulau Pinang untuk pendidikan dan kebajikan sosial orang Islam jauh lebih tinggi daripada apa yang disediakan selama pemerintahan BN sebelum ini.
Beliau juga bersetuju kegunaan masjid dan surau diperluaskan dan bukan setakat tujuan ibadah semata-mata.
Tegasnya, masjid dan surau bukan hanya untuk bersembahyang sahaja, tetapi juga untuk memacu kemajuan kesejahteraan umat Islam.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin PKR termasuk timbalan ketua menteri, Mansor Othman dan exco negeri, Abdul Malek Abul Kassim. Surau tersebut terletak di tingkat empat bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran negeri.
Sebelumnya, Anwar juga bercakap dalam taklimat selama sejam untuk pegawai kerajaan negeri di mana beliau berkongsi pengalamannya selama menjadi menteri.
Katanya, perkhidmatan awam yang profesional dan cekap menjadi asas penting bagi pembangunan ekonomi dan keadilan sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan