Pengikut

Rabu, 9 Jun 2010

Jambatan Itu Jangan Di Bakar !

Apakhabar Sahabat-sahabat blog Dperbatasan / facebook?
Moga sahabat semua sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah dan tetap istiqamah di jalanNya. Amin. Sahabat, maafkan saya andai posting saya setiap kali sedikit berbaur politik dan siasah... Hehe.

Saya tahu dan paham ramai di kalangan pengunjung saya agak kurang senang bila blog kesayangan semua ini bersembang soal politik... Buktinya lihat saja komen-komen dalam blog dan mail-mail yang dihantar bagai nak pengsan saya membacanya, tapi takpe... saya menghormati pandangan sahabat dan sahabat juga seharusnya menghormati pandangan saya. boleh Begitu?

Bukan itu sahaja, saya juga ditegur melalui E-mail apabila blog ini seolah mulai condong ke sebelah pihak, bukan lagi tegak di atas paksinya... begitulah kononnya. Apapun pada saya, paksi saya adalah Al Quran dan Sunnah Rasulallah SAW... Moga-moga ia tetap menjadi paksi kita bersama dalam membuat keputusan. Amin.

Kenapa dan mengapa tetiba saya menjurus kepada persoalan di atas?Erm... Melihat senario politik hari ini PAS sebagai jamaah Islam dan juga badan politik mulai dipandang bukan lagi sebelah mata tetapi mungkin dengan mata terbelalak oleh kedua-dua belah pihak samada kawan dan lawan. Hari ini dan saat ini, sorong tarik berlaku antara kedua belah pihak... Siapa terperangkap dan memerangkap?

Hanya Allah penentu segalanya... Bukan itu menjadi persoalan saya. Perlu dipahami... PAS bukan semata-mata sebuah badan politik tetapi menggelarkan dirinya sebagai jamaah Islam... Bermakna tugas PAS merangkumi semua aspek khususnya dalam konteks dakwah... Itu tugas utama PAS apabila menggelarkan dirinya sebagai Jamaah Islam.

PRU 12 telah menunjukkan satu jambatan yang sangat baik telah terbina antara PAS dengan kumpulan yang selama ini begitu asing dengan Islam... Tak kiralah dari pihak lawan atau kawan. Asing seasing-asingnya. Seolah-olah PAS adalah makhluk asing yang digeruni... Begitulah asingnya mereka dengan PAS. Jambatan ini bukan terbentuk dengan sendirinya tetapi melalui jerih perih usaha tanpa jemu ahli-ahli PAS dalam mengenalkan Islam kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan politik PAS.

Ucapan tahniah seharusnya diberikan kepada Dr. Mujahid Yusuf Rawa atas usaha tanpa jemu ini. Sehingga PAS telah membuat kejutan dengan mencalonkan calon bukan beragama Islam berbangsa India di Dun Kulai Johor iaitu Kamuthu Raman. Calon wanita seorang peguam sanggup untuk bersama dengan PAS. Apapun tujuan dan niat mereka bersama itu serahkan sahaja pada Allah.

Ruang-ruang yang wujud ini... telah memberikan satu peluang kepada PAS sendiri dalam usaha dakwah. Dalam usaha memperkenalkan Islam kepada kawan dan lawan. Hari ini dan tika ini juga, berkembangnya di sana sini, apa yang disebut sebagai kelab penyokong PAS yang telah ditukar ke Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) . Ya... (DHPP) untuk mereka yang berminat untuk mendekati dan seterusnya memahami perjuangan PAS dan Islam itu sendiri.

... Sayang andai jambatan yang dibina ini runtuh begitu sahaja dek kerana kelemahan kita memahamai keadaan dan perkembangan semasa. Saya tidak bermaksud menghalang pertemuan demi pertemuan antara sesama pemimpim Melayu... terpulang, tapi tolonglah, tolonglah jangan abaikan mereka yang ingin mendekati Islam itu sendiri.

Sesungghnya Islam itu bukan milik mutlak Melayu bahkan adakalanya Melayu itu sendiri begitu jauh dengan Islam. Mungkin terlalu kasar bunyinya andai saya menyamakan apa yang berlaku dengan kisah di mana Baginda Rasul telah ditegur oleh Allah kerana memalingkan wajah dari seorang
( kalau tak silap Abdullah Ummi Makhtum ) yang benar-benar ingin tahu tentang Islam hanya kerana Baginda melayan karenah pembesar-pembesar yang keikhlasannya masih diragui. Sahabat boleh melihat tafsirannya dalam Surah An Naba' ... Amma Yatasaalunnn.

Maafkan saya, andai meletakkan persamaan bukan pada tempatnya. Namun pengajarannya amat penting. Mungkin di sana sahabat-sahabat kita di kalangan mereka yang amat ingin memahami Islam itu sendiri tetapi kita terlepas pandang hanya kerana melayan karenah mereka yang berpangkat dan darjah atau mungkin kerana habuan keduniaan yang dijanjikan. Waliyazubillah. Sesungguhnya jika ini yang berlaku satu kerugian yang maha besar pada ummah ini. Semoga pimpinan kita di atas sana akan bertindak sebijaknya seperti pepatah Melayu... Menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus tepung tidak berselerak.


Sekian. Terima kasih
Ikhlas dari AmirDarkJustice hamba yang amat merindukan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Amin. Islam untuk semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan