Maka dengan itu, kalau UMNO betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar mereka untuk berdiri dan membantah keputusan kerajaan BN yang membenarkan pemberian lesen judi bola kepada syarikat yang dikuasai oleh Vincent Tan ini.
Saya juga melemparkan tuduhan yang sama kepada pertubuhan PERKASA yang diketuai oleh ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali supaya berbuat demikian.
Jika tidak, ini hanya sekali lagi membongkarkan sikap hipokrit UMNO dan BN, iaitu mereka hanya menggunakan isu ini untuk kepentingan politik sewaktu adanya pilihanraya kecil tetapi apabila kerajaan yang diketuai mereka sendiri melakukan yang sama, mereka terus membisu.
Pertama sekali, alasan bahawa pemberian lesen judi bola yang sah akan dapat mengawal dan mengurangan aktiviti judi bola haram adalah tidak berasas. Contoh yang paling baik ialah aktiviti judi empat ekor. Biarpun kerajaan telah memberi beberapa lesen judi nombor empat ekor, aktiviti judi haram masih berlaku dan berleluasa. Begitu juga dengan aktiviti judi lumba kuda haram.
Oleh itu, kerajaan BN hanya berminat terhadap cukai eksaisnya yang dijangkakan agak lumayan. Mengikut kerajaan BN, nilai pasaran aktiviti judi bola di Malaysia mencecah RM20 bilion bersamaan 1.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Kerajaan BN memang memerlukan pendapatan ini kerana mereka gagal menguruskan sumber kekayaan semula jadi Malaysia sehingga mereka perlu memberi lesen judi bola bagi menambah sumber pendapatan mereka. Ini juga merupakan motifnya apabila kerajaan BN ingin memperkenalkan Cukai Perkhidmatana dan Barangan (GST) sebelum ini.
Malaysia tidak memerlukan lesen judi bola kerana aktiviti-aktiviti judi sedia ada sudah memadai. Pemberian lesen judi bola hanya akan membebankan masyarakat khususnya masyarakat bukan Bumiputera.
Kalau UMNO dan PERKASA benar-benar ikhlas dalam isu moral, maka mereka perlu membantah sekeras-kerasnya keputusan kerajaan BN ini sepertimana mereka berkempen untuk menolak Zaid Ibrahim semasa PRK Hulu Selangor yang lalu.
*Kenyataan media oleh Lau Weng San selaku ADUN Kampung Tunku, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan