Pengikut

Selasa, 6 April 2010

Perisik Israel Wujud Dalam PDRM

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Gambar) hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh Cawangan Khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel. Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing. Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka. “Tak iktiraf israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam,” katanya.

p/s:Pendedahan terbaru Anwar ini cukup panas dan mengejutkan. Biarpun ia dinafikan berapi-rapi oleh pemimpin UMNO BN, namun segalanya telah tersurat "jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Malah, kerajaan perlu ingat bahawa sumber maklumat kini boleh diperolehi dimana-mana sekali pun apabila sudah ada pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi mula gusar dengan kerjasama yang diwujudkan antara kerajaan Malaysia dengan Israel.

Maka itulah, segala maklumat ini akhirnya didedahkan kepada Anwar untuk diwar-warkan di dalam Dewan Rakyat. Inilah yang amat ditakuti oleh kerajaan, dan mahukan tindakan tegas dikenaka terhadap mana-mana pegawai awam yang membocorkan rahsia negara. Masalahnya, rahsia yang didedahkan itu bukanlah untuk kepentingan negara tetapi membahayakan negara. Maka itu, adalah wajar ia didedahkan kepada umum agar mereka tahu dimanakah sikap sebenar kerajaan UMNO BN dalam menjalinkan hubungan sulit dengan Israel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan