Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bahawa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu rupanya tidak sah seperti yang diperkatakan oleh ramai tokoh ulamak Islam. Malah, kami berjaya menjejaki satu video rakaman satu rancangan yang pernah disiarkan oleh Bernama TV tentang isu sumpah tersebut.
Kenyataan telah dibuat oleh Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu iaiu Zahid Hamidi (foto) dengan jelas mengatakan bahawa sumpah hanya boleh dibuat selepas perbicaraan mahkamah. Ini bermakna dalam kes liwat Saiful, sumpah yang dilakukan oleh beliau ternyata adalah satu sumpah main-main yang dilakukan dalam keadaan terdesak atas arahan pihak tertentu.
Malah, sumpah yang dibuat sehari sebelum hari pencalonan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dimana Anwar menjadi calon adalah sesuatu yang telah dirancang oleh pihak tertentu bagi memastikan mantan TPM itu tumbang di Permatang Pauh. Maka atas alasan itu yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, bahawa sumpah perlu dilakukan selepas perbicaraan mahkamah maka ternyatalah Saiful kini berhadapan dengan laluan sukar untuk menyakinkan rakyat hatta puak-puak UMNO sendiri bahawa dia memang mangsa liwat.
Ini bermakna, Saiful sememangnya telah diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah Anwar dan bukan seperti apa yang dikatakan oleh sesetengah penyokong fanatik beliau selama ini. Terbukti, pemimpin UMNO sendiri tidak menerima sumpah Saiful yang dibuat sebelum perbicaraan mahkamah berjalan.
-: Dengan maklumat ini, maka nampak jelas sekarang bukan sahaja tokoh ulamak Islam tersohor di dunia yang mempertikaikan tentang kes liwat Saiful ini. Malah, sumpah laknat yang dilakukannya di Masjid Wilayah itu pun sebenarnya tidak sah dari sudut pandangan Islanm. Namun, jika yang mengeluarkan kenyataan ini adalah pemimpin Pakatan Rakyat maka ia akan dikatakan sebagai berunsur politik.
Sekarang sudah terang lagi bersuluh ialah ia dikeluarkan oleh Zahid Hamidi iaitu Menteri UMNO sendiri. Maka, apakah lagi alasan yang mahu dibuat oleh puak-puak UMNO yang menyokong Saiful dalam kes fitnah liwat II ini agaknya.
Oleh itu, rakyat wajar melihat dan memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal berhadapan dengan permohonan Qazafnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pagi esok. Harapan kita, agar Allah akan memberi petunjuk kepada semua mereka yang berniat jahat untuk menzalimi dan menghancurkan pemimpin terbabit.
-pahangdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan