Pengikut

Ahad, 21 Februari 2010

Umno/BN jangan mainkan sentimen perkauman

Pemimpin Umno dan Barisan Nasional(BN) dinasihatkan supaya tidak menggunakan sentimen perkauman sempit untuk meraih sokongan orang Melayu.

Menurut Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Amizudin Ahmat, usaha Umno dan BN bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka adalah kerana keadaan yang memaksa bertindak demikian.

"Mereka sendiri sedar bahawa masyarakat khususnya orang Melayu sudah hilang keyakinan kepada mereka. Oleh kerana itu, mereka terpaksa bertindak dengan cara menggunakan sentimen perkauman sempit bagi meraih sokongan yang mereka sendiri sedar sudah hilang terhadap mereka.

"Ekoran daripada kesedaran inilah, maka mereka bertindak dengan mengadakan demonstrasi dan bantahan semata-mata bagi mendapatkan kembali kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu,” ujarnya.

Amizudin yang juga Ketua AMK Kepala Batas berkata, dalam situasi masyarakat Melayu sudah sedar akan ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno dan BN ketika mereka memerintah beberapa negeri sebelum ini, maka sudah pasti sokongan yang semakin berkurangan terhadap mereka itu akan mengurangkan undi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Katanya, dalam kawasan Kepala Batas sendiri, masyarakat Melayu merupakan kumpulan yang paling miskin kerana masalah itu telah wujud sejak Umno dan BN menguasai pemerintahan negeri ini.

Namun begitu, ujarnya usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bagi mengurangkan jumlah kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu tidak mereka pedulikan.

"Walaupun kebenarannya bahawa kerajaan negeri telah berusaha bagi membasmi kemiskinan tegar tetapi mereka akan tetap menolak dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa bagi mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu.

"Inilah Umno dan BN yang masih tidak sedar bahawa mereka adalah pembangkang di negeri Pulau Pinang ini. Oleh kerana itu Umno dan BN harus tidak terus leka dan lena dari mimpi mereka bahawa mereka bukan lagi pemerintah dalam negeri ini, yang jelas di sini Umno dan BN perlu ditalkinkan dengan seberapa segera," katanya lagi.

Amizudin berkata demikian sebagai mengulas tindakan sesetengah pemimpin Umno dan BN yang sering mendakwa Kerajaan PR Pulau Pinang meminggirkan orang Melayu

-hrk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan