Pengikut

Sabtu, 20 Februari 2010

RoS ‘lebih senang’ nama Pakatan Rakyat Malaysia

Pakatan Rakyat dipercayai kemungkinan menerima nama Pakatan Rakyat Malaysia sebagai “kompromi” jika ia diperlukan untuk mendaftarkan ikatan PAS-PKR-DAP.

Nama Pakatan Rakyat Malaysia disyorkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini bagi mencerminkan identiti nasional negara pada nama tersebut.

RoS mahu perkataan Malaysia ditambah untuk menggambarkan imej nasional pada Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi The Malaysia Insider.

Bagaimanapun kata beliau pihaknya masih mengharapkan nama asal yang dikemukakan kepada RoS tahun lalu dikekalkan.

Bagaimanapun kami akan membincangkan (perkara ini),” kata beliau.

Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan untuk mendaftar Pakatan Rakyat pada November lalu.

Pakatan Rakyat dibentuk sebagai badan bukan formal pada April 2008 susulan keputusan pilihan raya umum ke-12.

Ia dibentuk dengan ikatan PAS-PKR-DAP.

Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Di Parlimen Pakatan Rakyat mempunyai 80 kerusi sekarang.

Ketika ditanya sama ada ia akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat Isnin ini, Saifuddin berkata ia tidak dijadual untuk dibincangkan.

Tidak (kita tidak bincang Isnin ini),” katanya.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya tiada masalah dengan syor RoS tetapi ia perlu dibincangkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat secara mendalam.

Saya yakin mungkin ia akan dibincangkan minggu depan... mungkin Datuk Zaid Ibrahim ada laporan untuk dibentangkan, kita mungkin membincangkan,” katanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata parti itu juga tiada masalah dengan Pakatan Rakyat Malaysia.

Ketika dihubungi kata beliau, nama itu sudah lama disyorkan tetapi belum diluluskan pihak berkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan