UMNO mula alami perubahan baik - Hadi - tajuk yang menjadi kemarahan edyesdotcom sehingga kembali berblog. "UG returns!" kata Ali.
Kes liwat Anwar: Hadi selar anggota Parlimen Australia - tajuk yang membuatkan pro-UMNO bersorak riang. "Hadi dah mula sedar siapa Anwar!" kata Versatile dengan seronoknya.
Penyokong PAS resah gelisah dan tidak keruan. Lidah rasmi PAS pun bingkas mengeluarkan artikel bertajuk Utusan Malaysia putar-belit kenyataan Presiden PAS. "Mereka nak laga-lagakan TGHH dengan pemimpin PAS yang lain!" kata wartawan harakahdaily itu. Penyokong PASpun menarik nafas lega.
Dan buat kesekian kali, laungan Boikot Utusan bergema kembali. Hakikatnya adakah benar TGHH langsung tidak mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO alami perubahan baik dan tidak menyokong campur tangan Australia terhadap kehakiman negara? Apakah yang dimaksudkan dengan putar-belit itu?
Sudah sekian lama kita mengenali stail penulisan Utusan Malaysia. Sepatutnya kita tidak perlu lagi melenting dengan tajuk-tajuk sedemikian. Bacalah dahulu sampai habis untuk mengetahui cerita yang sebenar. Utusan Malaysia tetap menyiarkan maksud sebenar TGHH pada bahagian akhir artikel berkenaan seterusnya melenyapkan keraguan. Sekurang-kurangnya, maklumat yang ingin disampaikan boleh dibaca oleh pembaca UM yang lazimnya orang UMNO sendiri.
Saya dah lama boikot Utusan, sebab tu bila Edyes mengamuk2 pasal tajuk Utusan, terpaksalah saya terkial-kial mencari artikel yang dimaksudkan. Dan selepas baca..."wat suspen je Edyes ni tau!""
Tiada ulasan:
Catat Ulasan