Assalaamualaikum dan salam hormat.
Nampaknya kemelut perselisihan antara YB Zulkifli Nordin (YB Zul) dan PKR tidak akan selesai. Mungkin akan terus berpanjangan tanpa henti hingga hari Qiamat. YB Zul nampaknya tidak akan berganjak dari "prinsipnya" yang dikatakan sebagai pejuang Islam.
YB Zul. Saya melihat anda seorang yang tegas dengan prinsip anda. Saya sangat setuju dengan ketegasan anda menentang penggunaan kalimah ALLah oleh umat Kristen.
Saya telah membaca hujah anda dan ia bertepatan dengan hujah saya. Saya bukan ulama dan tidak memiliki master dari mana-mana universiti. Saya bersepakat dengan anda bahawa inti kalimah perlu diambil kira dari hanya berdasarkan sebutan kalimah. Jika diterima pakai, harus umat Islam akan haru biru nanti. Kita maklum, siapa itu ALLah Taalapun gagal dijelaskan kepada rakyat secara mendalam.
Saya sentiasa bersedia dikatakan jahil atau bersedia mengakui saya tidak ada master. Tetapi saya juga seperti anda, siap mendebat mana-mana pehak yang dengan bgitu mudah menerima berkompromi degan isu kalimah ALLah ini. Dan saya akan meminta pehak itu bertanggung jawab jika anak-anak orang Muslim akan keliru kelak.
Sedangkan masa ini sahaja kes murtad gagal ditangani oleh semua pehak samada UMNO mahupun PAS juga PKR, apa lagi jika kalimah ALLah terpampang di pincak salib gereja. Dan saya akan meminta Dr. Asri dan seiapa sahaja yang senada dengannya menjelaskan kepada anak-anak Muslim jika mereka berkata "boleh solat di depan patung Jesus dalam gereja kerana itulah ALLah juga".
Namun anda sedang berkemelut yang kelihatannya tanpa kesudahan dengan Pakatan Rakyat (PR). Apakah yang anda mahu wahai YB Zul? Anda mahu parti atau pakatan yang memelihara Islam? Anda berkata Tuan Guru Nik Aziz (TNA) dan Pakatan PR pengkhianat?
Baiklah, saya mencabar anda meninggalkan Parti Rakyat Malaysia (PKR) dan masuk sahaja mana-mana parti yang anda fikir memenuhi cita rasa anda. Logiknya YB, jika anda katakan PR tidak memenuhi citarasa perjuangan anda, pastilah ada parti gabungan yang memenuhi cita rasa anda ini. Sekarang hanya ada dua gabungan iaitu Barisan Nasional (BN) dan PR. Anda menyerang PR maka pastinya BN lebih baik bagi anda. Mengapa anda tidak melompat sahaja ke BN?
Anda mengatakan TGNA perlu melihat semula diri sendiri. Ertinya bagi anda "TGNA perlucermin dahulu mukanya sebelum mengatakan pelompat parti berdosa".Saya fikir anda tidak melihat sejarah. Sejarah masuknya PAS ke BN adalah kerana melayu ketika itu dalam BN telah tersepit. Jika PAS tidak menyertai BN, UMNO akan kehilangan kedudukan sebagai peneraju BN. Atas kapasiti ini maka PAS mengambil keputusan memasuki BN.
Namun apakah anda tidak melihat setelah GERAKAN memasuki BN juga dengan parti-parti lain, BN mendapat semula kedudukanya. Maka UMNO dan BN tidak lagi memerlukan PAS dan PAS disepak keluar dengan hinanya dari BN? Cuba anda berikan sedikit komentar, saya dan pembaca mahu lihat. MCA dan MIC pernah emnghantar memorandum menentang beberapa perkara mengenai enakmen pentadbiran Islam zaman mantan Perdana Menteri (PM) Pak Lah.
Apakah ada suara tentangan yang menggetar langit dari anda? Saya tidak tahulah kerana saya jarang sekali membaca akhbar Utusan dan yang sejenisnya. Apakah anda setuju dengan pemimpin MCA dan MIC yang menghantar memorandum itu? Bukankah mereka seperti yang dikatakan oleh Prof. Aziz Baari sebagai tidak patu mengkhritik kerjaan sedangkan mereka ahli kabinet?
Saya melihat anda sekarang seorang yang telah terlanjur jauh. Anda tidak boleh berpatah balik kebelakang. Tiada jalan bagi anda melainkan keluar dari PKR. Jika anda tidak boleh menerima resolusi jemaah, anda harus meninggalkan jemaah yang anda ikuti sekarang.
Jika dilihat dari prinsip inda ini, mungkin anda tidak akan menyertai UMNO krana UMNO juga berganding dengan MCA dan MIC yang mengkhritik Islam zaman Pak Lah. Sekarang anda mengkritik PR. Maka tidak ada jalan lain bagi anda melainkan menjadi calon bebas. Jika anda menjadi calun bebas, anda tidak akan terikat dengan PR juga UMNO, dan anda bebas membelasah keduanya. Apakah anda takut melompat parti atau meletak jawatan?
Apakah anda menanti PR memecat anda supaya anda mendpat hujah lebih kuat bahawa PR zalim? Dan apakah dengannya akan akan menjaja lebih mendatangkan laba? Fikir-fikirlah YB. Jika anda fikir kritikan anda akan menghancurkan PR haruslah anda keluar dari PR. Lebih baik anda menyerang mereka dari luar kerana orang tidak akan mempersalahkan anda, anda bukan ahli lagi. Jika dan terus seperti sekarang, orang akan mengatakan anda duri dalam daging. Yang suka ialah seteru PR. Siapa? Anda juga tahu bukan. Bagaimana YB?
Wassalam
-TKO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan