Utusan akhbar yang diperkudakan Umno untuk mengelirukan rakyat terus istiqamah melakukan kerja terkutuk memporak perandakan pemikiran rakyat supaya lebih bercelaru dan kacau.
Tidak ada kerja lain selain melaga-laga, memfitnah, membohong dan sebagainya. Tujuan hanya satu memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan memberikan gambaran buruk PR kepada rakyat.
Utusan sentiasa mencari sesiapa sahaja yang sanggup membuat kenyataan akhbar sedemikian bagi mencapai hajat dan niatnya memuaskan hati tuannya iaitu Umno.
Kadang-kadang Profesor kangkung dan sesiapa sahaja dikambinghitamkan untuk membuat kenyataan tersebut.
Hari ini Utusan menyiarkan kenyataan seorang IPTA yang antara berkata, PR perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR.
Katanya perkara itu perlu kerana Anwar memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara.
Katanya, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.
Justeru katanya, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.
Kenyataan merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah dan ramai pemerhati dalam dan luar negeri berpendapat kes ini adalah konspirasi kedua terhadap Anwar. Sebagaimana konspirasi 1998 di mana akhirnya Anwar dibuktikan tidak bersalah.
Saya menasihatkan pensyarah tersebut dan Utusan supaya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah supaya meletakkan jawatan terlebih dahulu antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain bukan Anwar yang belum dibuktikan bersalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan