Pengikut

Isnin, 6 September 2010

Tiada pergeseran AMK P.Pauh dengan TKM 1 P.Pinang

Pemilihan PKR 2010 yang akan berlangsung tidakberapa lama lagi merupakan satu sejarah yang telah dilakar oleh PKR, ini kerana buat julung kalinya sebuah parti politik di Malaysia ini mengadakan pemilihan bagi semua jawatan yang sedia ada samada dalam Cabang mahupun Pusat.

Dalam Cabang Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat PKR telah menyaksikan Jawatan bagi Ketua Cabang tidak dicabar, tiada cabaran bagi Ketua AMK begitu juga bagi jawatan Ketua Wanita yang juga tidak dicabar.

Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang telah berlaku pertembungan antara tiga penjuru dimana Che Mat bin Hashim atau Pak Tam yang mempertahankan jawatannya itu telah dicabar oleh Setiausaha Cabang iaitu Saudara Roselai, lebih menarik apabila nama yang ketiga ialah Datuk Mansur Othman Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang turut bertanding.

Nama saudara Roselai telah dicadangkan untuk bertanding sebagai Timbalan Ketua Bahagian oleh Samsul Ghazali dan disokong pula oleh Saudara Amir Haji Ghazali.

Sokongan yang diberikan oleh Saudara Amir Haji Ghazali iaitu Ketua AMK Permatang Pauh sendiri terhadap Saudara Roselai untuk dicalonkan sebagai Timbalan Ketau Cabang telah mewujudkan satu persektif yang dilihat sebagai wujudnya satu pergeseran diantara AMK Permatang Pauh dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Sebenarnya tiada sebarang krisis ataupun sengketa diantara AMK Permatang Pauh dan juga Datuk Mansor Othman TKM1 Pulau Pinang.

Selain dari niat untuk bersama menyuburkan dan menyemarakan demokrasi ini,peluang ini telah digunakan dengan sebaik- mungkin oleh AMK Permatang Pauh dalam mengetengahkan nama yang dilihat telah lama bersama PKR Permatang Pauh sebagai calon pemimpin.

Namun begitu setelah melihat dari sudut kerangka politik yang lebih besar dan bagi mengelakkan persepsi negative masyarakat terhadap AMK Permatang Pauh dan juga Datuk Mansor Othman TKM1 Pulau Pinang kompromi telah dilakukan agar Datuk Mansor Othman dibenarkan menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua Cabang yang ditandinginya di PKR Permatang Pauh.

Faktor ini juga mengambil kira masaalah kesihatan yang sedang dialami oleh penyandang jawatan Timbalan Ketua Cabang iaitu Tuan Che Mat Hashim atau yang lebih dikenali dengan nama Pak Tam yang kini sedang terlantar sakit di Hospital Bukit Mertajam yang memungkinkan beliau mengundurkan diri dari bertanding sekiranya masaalah kesihatannya semakin serius.

Saudara Roselai yang menyandang jawatan Setiausaha Cabang yang kali ini telah menyerahkan boring pencalonan untuk bertanding sebagai Timbalan Ketua Cabang dijangka akan turut menarik diri dari bertanding bagi kemenangan diperolehi oleh Datuk Mansor Othman TKM1 Pulau Pinang.

AMK Permatang Pauh amat mengalu-alukan akan kehadiran Datuk Mansor Othman kedalam PKR Cabang Permatang Pauh untuk memperkukuhkan lagi PKR Cabang Permatang Pauh ini kerana kami memang telah sedia maklum akan kredibiliti yang beliau miliki sebagai seorang pemimpin.

Sepertimana yang umum telah sedia maklum, Parlimen Permatang Pauh mengandungi tiga DUN, iaitu DUN Penanti yang diwakili oleh Datuk Mansor sendiri, DUN Permatang Pasir yang diwakili oleh Ustaz Salleh Man dari PAS dan DUN Seberang Jaya yang diwakili oleh Ariff Shah dari UMNO/BN.

Cabang Permatang Pauh juga amat memerlukan buah fikiran Datuk Mansor Othman didalam merangka strategi untuk merampas kerusi DUN N10 (Seberang Jaya) dari UMNO dalam PRU yang ke 13 akan datang ini.

Persepsi pucuk pimpinan PKR Pulau Pinang terhadap blog ‘SharpShooter’ tentang wujudnya ‘Grand Design’ oleh AMK Negeri dan juga AMK Permatang Pauh untuk menjatuhkan Datuk Mansor Othman adalah sesuatu yang tidak berasas.

Tiada rasionalnya bagi AMK Pulau Pinang dan AMK Permatang Pauh khususnya untuk menjatuhkan Datuk Mansor Othman sedangkan AMK Pulau Pinang dan AMK Permatang Pauh yang telah bertungkus lumus membantu gerak kerja kempen PRK Penanti yang lalu yang telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada Datuk Mansor Othman.

Pandangan dan kritikan yang dibuat oleh blog ‘SharpShooter’ itu sebenarnya wajar dilihat dari sudut yang positif, biarpun kritikannya kelihatan agak keras hakikatnya jika dipertimbangkan ianya mampu membawa panambah baikkan dalam kualiti pimpinan yang sedia ada.

Kerana bagi kami yang berada didalam AMK Permatang Pauh ini kami telah diajar untuk melangkah lebih maju kehadapan kita perlu belajar menerima kritikan biarpun ianya pahit untuk ditelan..


Amir Haji Ghazali
Ketua AMK Permatang Pauh





Dari blog Anak Sungai Derhaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan