Pengikut

Selasa, 17 November 2009

Pengerusi SPR Patut Calonkan Di DUN Kota Seputeh Wakili UMNO/BN.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan DUN Kota Siputeh diistiharkan kosong. Maka satu pilihanraya kecil perlu diadakan. Pemimpin Umno@BN membisu barangkali hilang punca atau terpaksa akur dengan keputusan mahkamah.

Tetapi nampaknya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang seperti tidak dapat menerima hakikat dan keputusan berkenaan.

Beliau berkata akan merujuk hal berkenaan kepada Peguam Negara dan pada hari Jumaat ini rayuan SPR untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah tinggi semalam akan didengar di Mahkamah Tinggi. Apakah skrip di Perak akan berulang?

Kegelisahan Abdul Aziz terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mudah difahami.

Ini kerana Abdul Aziz juga bertindak melangkaui kuasa Speaker Di Perak apabila menolak kekosongan 3 kerusi Dun di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Banyak lagi tindakan dan dasar yang diperkenalkan oleh Abdul Aziz sejak menjadi Pengerusi SPR seolah-olah menjadi jurucakap dan mengikut telunjuk pemimpin Umno@BN.

Jika begitu situasinya saya mencabar Abdul Aziz untuk meletak jawatan dan menjadi calon Umno di Kota Siputeh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan