Assalamualaikum Selawat dan Salam ke atas Junjungan
Sejak kemenangan besar BN di PRK Bagan Pinang, nampaknya semakin rancak berbohong di sana sini.Berbagai isu yang diulas Mahyuddin tidak terlepas dari pembohongan.Selesai PRK Bagan Pinang Mahyuddin berkata sokongan rakyat kepada BN sudah kembali meningkat tanpa sedikitpun mengambil kira bahawa jumlah pengundi di Bagan Pinang terlalu kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan penduduk negeri.Itu belum diambil kira penipuan dan taburan wang ringgit yang banyak di sana.
Kemudian ,ketika di Kedah Mahyuddin mula memperlekehkan kemampuan kerajaan PR Kedah sambil berkata beliau bimbang apa yang sudah dirancang oleh BN sebelum PRU 12 dulu tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan PR yang kononnya didakwa tidak berupaya sehingga LKS sendiri sudah menyuarakan rasa tidak yakinnya terhadap kerajaan PR( aku tidak pasti betul atau tidak LKS berkata demikian).
Mahyuddin kemudiannya menyatakan kebimbangannya tentang kemungkinan Kedah akan menjadi seperti Kelantan yang masih miskin kerana sudah lama di perintah oleh PAS.
Inilah antara siri siri pembohongan Mahyuddin yang terlalu jelas menunjukkan kedangkalannya sebagai pemimpin nombor dua negara.Rakyat masih lagi mahu dijadikan lembu yang dicucuk hidung oleh Mahyuddin.Apa sebenarnya yang sudah di rancang oleh kerajaan BN sebelum PRU 12 dulu?dan apa yang nak dilaksanakan?Semua lapisan masyarakat sudah tahu yang telah dirancang oleh kerajaan BN dulu ia itu rancangan merompak rakyat, oleh itu kalau rancangan sebegini tidak dapat dilaksanakan maka yang rugi ialah pemimpin UMNO bukannya rakyat.Perkara ini sudah jelas di mata rakyat tetapi Mahyuddin dengan bantuan media perdana negara masih lagi mahu membohongi rakyat.
Begitu juga pembohongan yang nyata mengenai kemiskinan di Kelantan.Mahyuddin tanpa disedari melondehkan kelemahan kerajaan persekutuan selama ini yang menafikan hak kerajaan Kelantan menerima gran tahunan persekutuan.Hari ini rakyat sudah faham bahawa gran tahunan itu adalah amanah yang dipegang oleh kerajaan persekutuan bukan harta mereka.Ianya mesti diagihkan kepada semua kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah.Tetapi bagi BN/UMNO, hak tersebut perlu dirampas dari kerajaan Kelantan pimpinan PAS.Oleh itu mereka merancang untuk merampas hak ini menerusi penubuhan JPP yang diketuai oleh ketua lanun UMNO.Akibatnya, rakyat Kelantan terlopong melihat jutaan ringgit di rompak oleh para lanun ini.
Kemudian pemimpin BN/UMNO terus menerus mendakwa Kelantan adalah negeri yang miskin,kerajaan PAS Kelantan tidak tahu mentadbir dan tidak tahu untuk cari duit tetapi yang disembunyikan ialah fakta bahawa rakyat Kelantan membayar sebahagian besar cukai mereka kepada kerajaan persekutuan bukannya kerajaan negeri.Jadi perkara ini jelas, rakyat Kelantan membayar cukai kepada kerajaan persekutuan tetapi hasil cukai tersebut diberikan kepada lanun lanun UMNO dan tinggallah kerajaan Kelantan kekurangan peruntukan setiap tahun untuk membangunkan Kelantan.Hasilnya pula, UMNO terus mendakwa Kelantan ialah negeri yang mundur.
Mahyuddin nampaknya meneruskan dakwaan ini sambil mengaitkan Kedah kepada kemungkinan yang sama.Tidakkah di Kedah kerajaan persekutuan melakukan perkara yang sama?Bagaimana Mahyuddin dapat meneruskan agenda pembohongan bodoh ini?Kata Mahyuddin lagi ketika di Manik Urai, rakyat berjumpanya untuk mendapatkan peruntukan membaiki Masjid dan kerajaan persekutuan meneruskan usaha membangunkan Manik Urai sekalipun tewas.Apakah Mahyuddin ingat rakyat boleh dilembukan begitu sahaja? Sebagai pemimpin atasan negara, menjadi tanggungjawab Mahyuddin menjaga setiap kebajikan dan menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira di mana dan fahaman politik mereka.Ini adalah kerana rakyat yang menentang kerajaan turut membayar cukai kepada kerajaan.Perkara yang senang beginipun cuba diputar belit oleh Mahyuddin.Jadi kalau Kedah menjadi seperti Kelantan, itu bukan salah kerajaan PR yang dipilih rakyat tetapi kesalahan kerajaan persekutuan yang nyata dan jelas.Rakyat Kedah seperti rakyat kelantan juga membayar cukai kepada kerajaan persekutuan dan Mahyuddin berbohong ketika menyatakan kebimbangannya bahawa Kedah akan menjadi seperti kelantan.
Mahyuddin juga tidak menyedari bahawa sekarang ini rakyat semakin tahu dan jelas tentang wang royalti minyak yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan Kelantan tetapi tidak dibayar kerana sebab sebab antara lain kebimbangan UMNO kepada kemungkinan Kelantan menjadi negeri yang kaya atau mungkin terkaya di Malaysia.Justeru sekiranya Kelantan menjadi negeri yang kaya, kemungkinan besar UMNO akan merana dan kerajaan persekutuan bakal ditekan dengan segala pembangunan yang dapat dilaksanakan di Kelantan.Skim imbuhan takafur yang diperkenalkan di Kelantan beberapa tahun dulu sudah cukup memeritkan UMNO.
Tetapi Mahyuddin sengaja tidak mahu menyebut perkara ini tetapi sebaliknya menggunakan alasan manik Urai untuk menyebarkan pembohongannya.Satu lagi fakta yang Mahyuddin abaikan ketika membuat dakwaan dan pembohongan ini ialah dalam senarai, Terengganu tersenarai sebagai negeri yang lebih miskin dari Kelantan sedangkan Terengganu juga dikenali sebagai Kuwait Malaysia.Tetapi Mahyuddin tetap selamba ketika membuat dakwaan dan pembohongan ini.
Mahyuddin semacam tidak sedar bahawa dia telah melondehkan keburukan kerajaan BN dengan pembohangan ini.Mana mungkin sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum yang diperintah oleh UMNO menjadi lebih miskin dari Kelantan yang diperintah oleh PAS.Oleh itu dakwaan kemungkinan Kedah menjadi seperti Kelantan hanya satu gurauan yang tidak membawa apa apa makna.Mahyuddin yang berbohong tanpa mengambil kira gelombang rakyat yang mahukan kebenaran kembali ditegakkan.
Satu lagi pembohongan baru Mahyuddin ialah kenyataannya bahawa pembangkang atau PR turut menyokong gagasan 1Malaysia.Seolah Mahyuddin mahu memberitahu rakyat bahawa gagasan 1Malaysia yang masih belum menjadi dasar kerajaan ini turut dipersetujui oleh PR dan kerajaan sudah melakukan sesuatu yang betul.Pembohongan yang haprak.Mahyuddin nampaknya mahu rakyat percaya bahawa gagasan 1Malaysia yang bertujuan menyatukan semua kaum ini adalah usaha BN sedangkan rakyat sudah tahu dan faham dengan slogan gabungan parti parti pembangkang yang kemudianya membentuk PR sebelum PRU 12 dulu.Slogan "BERSATU MENJATUHKAN BN" ternyata berjaya menyatukan semua kaum ketika itu dan secara tidak langsung gagasan 1Malaysia sudah terbentuk dan gagasan 1Malaysia ini berkembang pesat lama sebelum Najib memperkenalkannya.
Maknanya, PR tidak membantah gagasan ini bukan bermakna PR bersetuju dengan kerajaan BN tetapi kerana gagasan ini sudahpun diperkenalkan oleh PR walaupun tanpa nama dan publisiti.Untuk apa nak bantah sesuatu yang sudah dibuat?Bukankah itu kerja buang masa namanya? Tetapi Mahyuddin mengambil kesempatan ini dengan berbohong kononya PR turut bersetuju dengan gagasan kerajaan ini.Namun Mahyuddin dan pemimpin kerajaan BN lainnya tidak pula pernah menyebut bilakah gagasan ini akan dijadikan dasar negara?Bagaimana peruntukan perlembagaan negara mengenai hak istimewa orang melayu boleh diselaraskan dengan gagasan yang akan dijadikan dasar negara ini?
Apa sebenarnya matlamat gagasan 1Malaysia tidak pernah diperjelaskan kerajaan sedangkan PR sudah lama menjelaskan kepada rakyat bahawa perlembagaan negara tidak akan diusik tetapi menjelaskan bahawa setiap rakyat yang susah akan dibantu dan kalau yang susah itu kebetulan orang melayu maka orang melayulah yang akan ditolong, begitu juga kalau yang susah itu orang India maka orang Indialah yang akan ditolong.Tetapi gagasan 1Malaysia hari ini nampaknya masih lagi menjadi lagu dan promosi iklan yang entah apa apa? Beranikah Mahyuddin atau mana mana pemimpin BN menegaskan bahawa gagasan ini akan dijadikan dasar negara dengan melibatkan peruntukan perlembagaan?
p/s:Apalagi Tok Mahyudin.. sahut jee cabaran tue...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan