Bukan kerana kalah dalam PRK Bagan Pinang , tetapi sudah lama diketengahkan , iaitu supaya undi pos dimansuhkan.
Buktinya sangat relevan , lihat saja berapa undi yang diperolehi oleh calon BN dalam PRK tersebut. Lumayan sekali , bukan ?
Sangat elok sekiranya kita mengambil iktibar dari beberapa siri perhimpunan seperti GMI , PPSMI dan seumpamanya. Natijah dari perhimpunan – perhimpunan tersebut , hasilnya mengkagumkan.
Melalui GMI , setidak – tidaknya sudah tidak berapa ramai lagi yang terpaksa menginap di Kamunting dan ada ura – ura untuk menyemak semula ISA.
Begitu jugalah dengan PPSMI , walaupun lambat lagi untuk ditamatkan sepenuhnya , iaitu tahun 2012 , tetapi at least ada harapan walaupun sedikit tipis.
Tak apa , buat lah lagi penganjuran – penganjuran PPSMI dan GMI sehingga berjaya. Kejayaan sudah nampak , walaupun perlahanBegitu juga lah dengan GMUP , harus bermula dari sekarang ini.
Ada baiknya dimulakan pada bulan November ini , mengambil sempena dan berkat dari kehangatan Bagan Pinang yang belum reda.Bukanlah susah untuk PR menghimpunkan 1,000,000 orang penyokong untuk turun ke jalan – jalan raya , menyatakan bantahan kepada peraturan undi pos ini
Ada baiknya , kita salurkan cadangan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk harun Taib ini dipanjangkan lagi dengan idea GMUP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan