Pengikut

Rabu, 14 Oktober 2009

Penjenamaan Semula Umno Versi Najib

Harapan Najib agar ahli UMNO sanggup lakukan perubahan untuk menjamin jangka hayat Umno bertahan lama umpama satu igauan yang berlaku disubuh hari oeleh mereka yang kemarau kemenangan selepas tujuh perlawanan.

Dengan lain perkataan umno memerlukan penjenamaan semula dengan melakukan perubahan. Jika Umno dan ahlinya berubah bererti “Penjahanaman Semula Umno” akan berlaku. Pada dasarnya sudah tiada lagi kebaikan dalam Umno.

Kenapa Najib masih berharap yang UMNO masih memiliki jenama yang boleh diterima rakyat? Jika Najib jadikan kemenangan Bagan Pinang yang diraih selepas kemarau tujuh perlawanan, itu adalah kesilapan yang paling besar dilakuakan. Kerana Bagan Pinang telah mengiktiraf Umno sebagai parti rasuah sepanjang zaman dari dulu kini selamanya.

Bermimpikah Najib mengharapkan masih ada elemen perpaduan, budaya hidup, sikap dan pemikiran selepas peristiwa menyeret kepala lembu menghina penganut Hindu yang dibiayai Umno di syeksen 23 Shah Alam Selangor. Najib berharap penjemanaan semula hanya dapat dilakukan sekiranya ahli sanggup melakukan perubahan. Perubahan apa yang Najib maksudkan? Tiada kebaikan dalam Umno.

Najib memberi contoh keutamaan perpaduan dan permaufakatan dalam gerak kerja yang memenangkan Umno di Bagan Pinang. Saya tidak pernah setuju angin dengan Najib sebelum ini, tetapi saya bersetuju dengan Najib bahawa kemenangan Umno di Bagan Pinang memang kerana gerak kerja dan permaufakatan yang rapi tetapi ianya bukan diantara ahli.

Ahli hanya dibayar dan diupah untuk menakut-nakut dan menyerang orang lain. RM100.00 untuk upah baling batu. Murahnye.. Permaufakatan yang sebenar dan benar-benar memberi impak kemenangan kepada BN ialah permaufakatan dan perancangan kerja yang baik antara Umno, Polis dan SPR dalam menguruskan undi pos. Itu saja. Siapalah Umno tanpa penipuan dan Rasuah?

-SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan