Pengikut

Rabu, 16 September 2009

Undi Kaum India Penentu Di Bagan Pinang

Jika UBN "diattack serangan jantung "lalu tewas mengejut di PRK Bagan Pinang..punca utamanya sudah tentu lahir dr "pantun" Dr M kepada MIC sejak dua menjak ini..dan ianya semakin berlarutan sehingga "bersajak dan berpuisi" di dada-dada media perdana dan Internet...

Mengapa boleh terjadi sebegini ..apakah DR M sudah benar-benar nyanyuk atau beliau sememangnya cuba memperlihatkan "kuku"yg masih berbaki utk mengcengkam 1Malaysia...?

Atau hendak "test power" suara garau yg sudah lama tersimpan dirumah sekian lama bersara ini..?

Atau Dr M cuba nak menyakinkan bahawa kehadiran beliau dan kenyataan beliau sememangnya memberikan "kutukan" buat pemerintahan Najib sesudah "kutukan" beliau terhadap TUN Abdullah sehingga "ditilam bantalkan" dari kerusi PM..?

Sukar sekali hendak membaca gerak langkah DR M ini...apakah agendanya terhadap politik negara..?

Pembangkang(PR) kekadang disokongnya...Pemerintah(UBN) kekadang dikhianatinya...?

Dan yg paling lates sekali tindakan beliau mengkritik MIC....dan bekas "besannya" Samy Vellu serta kuncu-kuncunya..

Disaat-saat tirai PRK Bagan Pinang hendak diselak dan diwayangkan buat paparan rakyat 1Malaysia..DR M mencelah dan menikam belakang UBN dengan menyerang MIC..

Sudahlah Umno cuba menjadi hero dalam cerita klasik "Kepala Lembu" dan MIC pula gagal nak amik kesempatan cerita 1o0 tahun "Kampung Buah Pala"..

Lupakah beliau(DR M) membaca laporan akhbar yg memaparkan peratusan pengundi Kaum India 25% akan menjadi penentu kemenangan di PRK Bagan Pinang..

p/s:"Penganalisis politik menyatakan, Pakatan Rakyat akan memperoleh lebih daripada separuh undi bukan Melayu, terutamanya undi dari kaum Cina. Manakala calon UMNO akan bergantung kepada undi kaum Melayu dan mungkin dari kaum Cina. Jadi, undi kaum India kini menjadi penentu dalam pilihan raya kecil kali ini, dua orang calon itu juga akan bersaing untuk mendapat sokongan daripada kaum India."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan