Pengikut

Rabu, 16 September 2009

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Anwar

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau tudu mendakwa dengan prejudis dan berat-sebelah. Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin membuat keputusan tersebut di kamar hakim hari ini.

Anwar pada 11 Ogos lalu memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua tujuh orang pendakwaraya dari terbabit dalam pendakwaan kes Anwar II. Tujuh individu terbabit adalah Peguamcara I Datuk Idrus Harun, Peguamcara II Datuk Yusof Zainal Abiden, Timbalan Pendakwaraya Datuk Nordin Hassan, Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Samsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin.

Permohonan ini dibuat berdasarkan tindakan prejudis Peguam Negara Gani Patail dalam pendakwaan, dengan merujuk kepada insiden 'mata lebam' 1998 yang mendapati Gani bertindak merekacipta bukti terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Dalam afidavitnya, Anwar berkata pihak pendakwaraya yang terbabit bersekongkol dalam komplot Gani.

Pemimpin reformasi ini mahu Mahkamah Tinggi melucutkan pembabitan mereka kerana beliau percaya pasukan pendakwaraya turut prejudis dalam pendakwaan. Antara faktanya adalah dokumen-dokumen dari pihak pendakwaan yang mengesampingkan bukti menyokong pembelaan Anwar Ibrahim. Ini termasuk laporan perubatan dari empat doktor pakar yang mendedahkan Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat. Sekiranya mahkamah menyabitkan kesalahan pada Anwar, kerjaya politiknya akan berakhir.

p/s:
Satu keputusan yang nyata tidak berpijak di bumi yang nyata dan sengaja dibuat-buat, sedangkan rakyat majoritinya tahu penglibatan Gani dan Musa dalam kes mata lebam Anwar dulu.

Malah, media juga telah melaporkan bahawa Anwar mencederakan dirinya sendiri bagi menagih simpati rakyat. Namun, selepas siatan Suruhanjaya Di Raja di buat maka terbukti bahawa ia dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor. Soalnya, kenapa Musa dan Gani menipu rakyat?.

Bukankah ini membuktikan adanya komplot jahat antara mereka. Maka itu, adalah wajar Gani tidak terlibat dalam kes terbaru Anwar ini demi keadilan dan kepentingan perbicaraan tersebut. Namun, jika ini keadaannya maka kita tidak hairan dan yakin bahawa Anwar pasti akan kembali ke penjara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan