
Laporan seterusnya dari http://wrlr.blogspot.com/ ...
Dalam satu temuramah bersama beberapa siaran Tv berhubung dengan isu yang sedang melanda Umno negeri dan adanya khabar angin bahawa 2 wakil Umno akan melepaskan jawatan iaitu ada khabar angin YB Jasmin dan juga Dato Hilmi Yahya di balik Pulau akan melaepaskan jawatan , ketua Menteri menjelaskan bahawa itu adalah masalah dalaman Umno dan sekiranya mereka merasakan bahawa mereka gagal untumk meberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan, maka beliau berhak berbuat demikian.
Khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Hilmi Yahya dan juga YB Jasmin ADUN Sungai Dua akan meletak jawatan. Sekiranya ini berlaku, pilihanraya kecil kemungkinan akan berlaku.Jasmi menewaskan Saleh Man dalam pilihanraya umum lalu dengan kelebihan 500 undi.Hilmi adalah bekas TKM1 Pualau Pinang dan pernah menjadi menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Sementara itu ada juga khabar-khabar angin menyatakan bahawa Umno bahagian Permatang pauh akan digantung 15 september ini sebagai satu usaha bagi merombak semula bahagian tersebut yang dilihat tidak bersatu di bawah Dato Jalil.Ini berikutan berlakunya kelemahan di mana calon yang dipilih tidak mempunyai kualiti dan punca kepada kekalahan Umno di Permatang Pauh.Ianya menyaksikan bahawa Umno perlu di rombak di semua bahagian dan bukan sahaja di Permatang Pauh, malah kesemua bahagian atau akan tewas dalam pilihanraya umum akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan