Pengikut

Jumaat, 4 Mei 2012

Politik lucah: Lagi skandal seks pemimpin Pakatan akan didedahkan kata blogger Pro BN

Sumber dari akhbar Umno/BN ada blog akan dedah lagi skandal seks pemimpin-pemimpin Pakatan, kali ini melibatkan pemimpin dari parti PAS dan DAP... kah.. kah.. kah... nampak gayanya blogger-blogger Pro Umno/BN ni dah tak ada cara lain untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin dari Pakatan... dalam minda mereka hanyalah seks.. seks... seks...!!!

Baca di bawah ni:-

Lagi skandal seks akan didedah
Oleh S Anand Kumar

KUALA LUMPUR: Sebuah blog semalam mendedahkan bahawa empat lagi skandal seks membabitkan pemimpin pakatan pembangkang daripada PKR, PAS dan DAP akan didedahkan dalam tempoh terdekat.

Ia didedahkan oleh blog http://www.suarapakatanrakyat.com, dengan melaporkan bahawa kegemparan yang ditimbulkan lanjutan daripada pendedahan gambar aksi seks dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang pemimpin kanan PKR kelmarin, akan berterusan.

“Tetapi kali ini membabitkan pemimpin parti pakatan pembangkang yang lain pula. Penulis mendengar pemimpin terbabit adalah dua daripada PKR dan masing-masing seorang daripada PAS dan DAP.

“Menurut sumber, skandal ini hanya menunggu masa untuk didedahkan oleh pihak tertentu, Setakat dimaklumkan pendedahan ini akan datang dalam pelbagai cara, ada dalam bentuk video, gambar serta keterangan saksi tertentu,” kata blog itu, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan bahawa beberapa keping gambar aksi seks didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, tersebar luas menerusi beberapa blog dan laman sosial sejak kelmarin.

Ia didedahkan oleh blog http://www.papagomo.com dan scandalazminali.blogspot.com dengan memaparkan beliau bersama seorang wanita di dua lokasi.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau adalah lelaki bersama seorang wanita seperti yang tersebar menerusi beberapa blog.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, penyebaran gambar berkenaan yang bertujuan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya dipercayai disebarkan oleh media dikuasai oleh UMNO dengan memetik blog proparti itu.

Sementara itu, blog suarapakatanrakyat turut berkata, pihaknya melihat jika empat skandal seks terbabit didedahkan, keadaan berkenaan bakal mengusutkan senario politik negara.

“Pendedahan gambar daripada video membabitkan seorang pemimpin kanan PKR sebelum ini pun masih lagi terkial-kial mencari strategi yang betul untuk mengatasinya, yang baru pula sudah sampai.

“Cara mudah, menuduh semua itu adalah fitnah, tapi kalau sudah terang dan jelas, nak dikatakan fitnah macam mana lagi. Setakat hari ini, penulis tidak lagi mendengar wujudnya teknologi yang boleh menukar wajah individu asal kepada individu lain di dalam rakaman video.

“Gambar ada, video penulis belum pernah dengar lagi. Kalau dicari orang muka sama atau hampir sama itu mungkin, tapi ada banyak ciri lain yang boleh menentukan kesahihannya,” katanya. - Berita Hairan

1 ulasan:

  1. INFO PARA PECINTA TOGEL & RIWAYAT SAYA SELAMA SAYA KENAL NAMANYA JUDI TOGEL/KUPON PUTIH.SAYA BAPAK FERY DARI BANJARMASIN INGIN BERBAGI PENGALAMAN MENGENAI TOGEL,DARI AWAL SAYA KENAL NAMANYA TOGEL DARI LINGKUNGAN SEKITAR ISTRI SAYA PADA HAL KLAU DI LIHAT DARI SEGI EKONOMI KELUARGA SAYA LUMAYAN PENGHIDUPAN SEHARI2 SAYA KARENA SAYA DIWARISKAN BEBERAPA HARTA DARI ORANG TUA & BISNIS SAYA LUMAYAN OMSET PERBULANNYA BISA MENAFKAHI KEBUTUHAN KELUARGA SAYA JADI SELAMA SAYA MENGGULUTI TOGEL SAMPAI SAAT INI KEBUTUHAN KELUARGA SAYA PASANG SURUT BISNIS SAYA MENGALAMI PENURUNAN ATAU PAILIT HARTA WARISAN SUDAH TERJUAL JADI PENGHIDUPAN SAYA MELAMPAUI KELUARGA MISKIN DAN HUTANG2 SAYA BERTAMBAH BANYAK KARENA SAYA LIHAT DI INTERNET BANYAK DUKUN TOGEL BISA TAU ANGKA TEMBUS PUTARAN TOGEL TERNYATA MINTA UANG TERLEBIH DAHULU KATANYA (MAHAR).SAYA SUDAH BERULANG KALI MENGHUBUNGI BAIK MBAH MAUPUN AKI TERNYATA SEMUANYA PENIPU PADA HAL SAYA SUDAH KETIPU LEBIH DARI 200JT MAKANYA SAYA NGAK LAGI PERCAYA NAMANYA MBAH ATAU AKI DI INTERNET SEMUANYA PENIPU,DI SUATU HARI SAYA DI AJAK TEMAN KE BANTEN MENEMUI PARANORMAL YANG TIDAK ASING DI TELIBGA ANDA YAITU KI GENDENG PAMUNGKAS & DISITULAH SAYA DI BRIKAN ANGKA TEMBUS 4D TAMPA MAHAR ATAU UANG TERLEBIH DAHULU JIKA ANDA SELAMA INI SERING KETIPU & INGIN MERUBAH NASIB ANDA HUBUNGI KI GENDENG PAMUNGKAS 0823-4443-6933.MAHAR DI BAYAR SETELAH TEMBUS

    BalasPadam