Pengikut

Ahad, 6 Mei 2012

Najib gelisah program tak dapat sambutan!!!

Sebelum ini ada sumber mendakwa bagi meramaikan hadirin dalam majlis yang diadakan untuk Najib di Kelantan, UMNO/BN Kelantan terpaksa mengangkut ramai orang-orang dari luar kawasan untuk membuktikan kepada Najib bahawa UMNO/BN masih berpengaruh di Kelantan.

Malah seperti biasa pekeliling terpaksa dikeluarkan untuk mengerah pelajar-pelajar Politeknik agar hadir ke program Najib itu.. pekeliling sila lihat di ( SINI ).

Ini pula laporan dari Kuantan, Pahang pula.. fenomenanya adalah sama dengan di Kelantan.. iaitu ada lagi kerahan.. cuma kehadiran sememangnya amat memalukan bagi seorang Perdana Menteri...

Sokongan Hambar Rakyat Di Taman Gelora Hari Ini..

KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut.

Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. 


Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan.


"Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung.


Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan.



 Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir.

Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan.

Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI ) - ASD

1 ulasan:

  1. Tentunya di akhabar proUMNO akan melapurkan sebaliknya. Ataupun bermacam alasan jugak akan terpangpang.

    Hahahahaha.....Beginilah sambutannya bagi seorang Perdana Menteri yang harus di beri. Tak perlu RAKYAT bersuara, Tak perlu RAKYAT buang masa. Inilah BUKTI RAKYAT kepada UMNO/BN. Syabas di ucapkan kepada RAKYAT KUANTAN khususnya. Syabas!

    BalasPadam